SCL2019: Cyberjaya Teleflow FC Belum Berputus Asa, Tundukkan Gombak RRM FC Unlimited 2-1

Cyberjaya Teleflow FC

Kemenangan 2-1 Cyberjaya Teleflow FC ke atas Gombak RRM FC Unlimited pada aksi minggu keenam Selangor Champions League 2019 sebentar tadi telah menghidupkan sisa perjuangan mereka bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir.

Sedar hanya kemenangan yang mampu meneruskan pemburuan ke saingan kalah mati, Cyberjaya Teleflow FC memperagakan corak menyerang sejak dari awal permainan.

Skuad bimbingan Badrul Hisham yang merupakan bapa kepada pemain Johor Darul Ta’zim, Azrif Nasrulhaq itu hampir membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi Aszrul Shamsudin tetapi percubaannya sekadar singgah di palang gol.

Aszrul bagaimanapun berjaya menebus kehampaan tersebut berselang dua minit kemudian apabila beliau yang mendapat bola hasil kesilapan hantaran pemain Gombak RRM FC dan kemudiannya melepaskan rembatan untuk menghadiahkan gol pendahuluan buat Cyberjaya Teleflow FC.

Ketika pemain Cyberjaya Teleflow FC semakin ghairah menggandakan asakan, Gombak RRM FC Unlimited kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-29 berikutan sepakan penalti yang diberikan akibat kekasaran Haziq Noh terhadap Nur Affandi.

Cyberjaya Teleflow FC terus mendominasi aksi pada 35 minit terakhir dengan serangan demi serangan yang dilancarkan dalam usaha meraih tiga mata penuh.

Jaringan kemenangan dinantikan Cyberjaya Teleflow FC menjelma pada minit ke-61 selepas Aszrul yang menerima hantaran daripada Syazwan Nordin dalam kawasan penalti tidak melepaskan peluang untuk membolosi kawalan penjaga gol Gombak RRM FC, Matin Aziz.

Dua gol daripada Aszrul Shamsudin itu sudah cukup untuk memberikan tiga mata yang cukup penting buat Cyberjaya Teleflow FC.

Pemain terbaik perlawanan: Aszrul Shamsudin (Cyberjaya Teleflow FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN