Quantcast

BERITA

AFC B-19: ‘Team-goal’ Umar Hakeem Bawa Malaysia Ke Pusingan Akhir

Pasukan Malaysia B-19 berjaya menewaskan pasukan Thailand B-19 dalam aksi terakhir kelayakan, untuk kumpulan G.

Thailand dalam misi wajib menang bagi perlawanan ini selepas dikejutkan Kemboja dalam perlawanan sebelum ini.

Malaysia pula cemerlang melepasi kesemua cabaran dengan kemenangan. Jadi, skuad Malaysia hanya perlu mengelakkan kekalahan dalam perlawanan ini.

Brad Maloney menggunakan sistem 3-4-2-1 dalam perlawanan ini.

Malaysia beberapa kali dicemaskan oleh aksi serangan Thailand. Namun para pertahanan Malaysia tenang untuk memastikan gawang tidak bocor.

Tumpuan utama Malaysia adalah kestabilan di bahagian belakang dan cuba melakukan serangan balas. Thailand memiliki peluang awal pada minit ke-9, namun sepakan percuma mereka liar.

Pada minit ke-16, Natcha Promsomboon turut mencemaskan gawang Malaysia. Sekali lagi percubaan tidak tepat menghampakan skuad Thailand.

Pada baki 5 minit terakhir separuh masa pertama, Pemain Muda Terbaik AFF 2019 iaitu Suphanat Muentha memiliki dua peluang gol, tetapi beliau gagal untuk menyempurnakannya. Pertahanan Malaysia agak terleka.

Suphanat Muentha jelas sekali ancaman utama pasukan Malaysia.

Bersambung pada babak kedua, tidak menunggu lama, Suphanat sekali lagi mencemaskan Malaysia menerusi tandukan, mujur ia tepat menuju kepada penjaga gol.

Malaysia yang bergelut mencipta peluang gol menerusi permainan terbuka, mendapat peluamng pada minit ke-69, namun Luqman Hakim gagal melakukan gol.

Dan pada minit ke-73, Luqman sekali lagi mendapat peluang, namun penjaga gol Thailand berjaya mengawal keadaan dengan sangat baik.

5 minit kemudian, Umar Hakeem menghantar amaran kepada Thailand. Beliau melakukan rembatan yang terkena palang gol.

Tibalah minit ke-84, Malaysia akhirnya memecah kebuntuan menerusi Umar Hakeem. Ianya adalah satu ‘team goal’ yang sangat cantik. Umar Hakeem menyudahkan peluang dengan sebaiknya.

Tamat perlawanan Malaysia menang 1-0 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan akhir Piala AFC B-19 di Uzbekistan pada tahun hadapan. Tahniah kepada Malaysia yang mara dengan rekod kemenangan 100%.