SCL2018: Gombak FC Akhiri Perjuangan Dengan Kemenangan 2-1 Keatas Banting Naga FC

Gombak FC

Gombak FC menamatkan saingan musim ini dengan kemenangan selepas berjaya menundukkan Banting Naga FC 2-1 di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Walaupun perlawanan ini tidak memberikan sebarang makna buat kedua-dua pasukan, aksi yang dipamerkan masih wajar diberikan pujian terutamanya buat Gombak FC.

Skuad yang dibarisi sebahagian besar pemain muda itu membuka tirai jaringan pada minit ke-17 selepas hantaran dilakukan Muhammad Iqbal Khairul Anuar terus ditanduk masuk Shaza Badri Azhar.

Banting Naga FC sesekali cuba mencipta ruang untuk mengancam kubu Gombak FC, namun penyudah tumpul nyata menggagalkan usaha yang dicipta.

Abdulkadir Ali Kassim menggandakan kedudukan berselang tiga minit selepas perlawanan bersambung apabila rembatan dari jarak jauh yang dilepaskannya terus menerjah gawang bagi membolosi kawalan penjaga gol Banting Naga FC, Okebaram Promise.

Ketua pasukan Gombak FC, Muhammad Nur Hakim Abd Latif terlepas peluang keemasan untuk meletakkan nama selaku penjaring sekaligus menghasilkan gol ketiga.

Pemain berusia 22 tahun itu melakukan tolakan tersasar selepas menerima hantaran lintang dari Shaza Badri walaupun gawang Banting Naga FC sudah pun terbuka luas.

Suresh A/L Thiruchelvam memberikan sedikit harapan buat Banting Naga FC di minit ke-57 selepas berjaya menyudahkan lorongan yang dilakukan Saratkumar A/L Seegar untuk mengurangkan defisit gol.

Serangan yang dilancarkan kedua-dua pasukan selepas itu gagal menjelmakan jaringan tambahan untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat Gombak FC.

Dengan kemenangan yang diraih, Gombak FC menamatkan saingan Selangor Champions League 2018 dengan mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan.

Banting Naga FC pula sekadar mengumpul empat mata selepas mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan lima kekalahan.

Pemain terbaik perlawanan: Abdulkadir Ali Kassim (Gombak FC)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN