UNL: Lovren Tak Sabar Jumpa England Dalam Perlawanan Penentuan

Perlawanan penting diantara England dan Croatia pada Isnin hadapan di pertandingan UEFA Nations League (UNL) adalah pertemuan ketiga di dalam tempoh lima bulan buat kedua-dua pasukan. Dan Dejan Lovren sudah tidak sabar untuk berhadapan dengan England dalam perlawanan tersebut.

Pemain pertahanan Liverpool berusia 29 tahun itu pernah dilabel oleh pengurus Jurgen Klopp sebagai pemain pertahanan tengah terbaik dunia- merupakan sebahagian dari anggota skuad Croatia yang menyingkirkan England di separuh akhir Piala Dunia 2018.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)
Ibarat perlawanan akhir

Kedua-dua pasukan menyedari kemenangan di England akan menjadikan mereka juara Kumpulan A4- dan akan mara ke pusingan akhir pertandingan UNL.

Bagi Lovren perlawanan tersebut ibarat perlawanan akhir- dan beliau sudah tidak sabar untuk berhadapan England sekali lagi sebagaimana ketika separuh akhir Piala Dunia 2018 yang lalu.

“Ia ibarat perlawanan akhir menentang England, dan sudah tentu kami akan tampil yakin,” ujar Lovren seperti yang dibicarakan kepada Daily Mirror.

“Saya berpendapat ianya akan menjadi perlawanan yang sengit menentang England- mereka sangat kenal dan tahu akan kekuatan kami. Kami akan berhadapan dengan cabaran tersebut.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)
Gemar berhadapan England

“Saya gemar berhadapan dengan England. Saya sangat mengenali pemain yang beraksi di Premier League dan pernah berhadapan dengan mereka.”

Perlawanan pertama membabitkan kedua-dua pasukan dalam pertandingan yang sama berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan di Rijeka pada bulan lalu.

Namun Lovren berkata sejarah lalu akan memberikan dirinya dan Croatia banyak keyakinan.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

“Ramai suka mengkritik saya, tetapi mereka diam apabila England gagal menjaringkan gol berhadapan kami.

“Saya pasti England akan memiliki banyak motivasi selepas Piala Dunia, tetapi kami tidak akan gentar berhadapan dengan mereka.

“Ini bukan lagi perlawanan persahabatan. Kami berjaya tewaskan Sepanyol, dan turut mahu menang perlawanan seterusnya.

Uniknya perlawanan ini nanti- Croatia akan tersingkir ke kumpulan bawahan jika keputusan seri tanpa jaringan- manakala England akan mengalami nasib yang sama jika seri dengan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN