Scholes Kutuk Mourinho Memalukan Kelab, The Special One Beri Respon

Paul Scholes sekali lagi mengutuk Jose Mourinho secara terbuka. Ini selepas Manchester United memulakan musim ini dengan teruk.

Sebelum sepak mula di antara Man. United dan Valencia, Paul Scholes menganggap yang Mourinho telah memalukan kelab segah Manchester United kerana mulutnya yang celupar.

Sebelum itu, Man. United disingkirkan Derby, tewas di tangan West Ham dan seri dengan Wolves. Scholes terkejut apabila Mourinho masih di bangku simpanan pemain walaupun selepas tewas di tangan West Ham.

“Saya terkejut dia masih lagi kekal selepas perlawanan Sabtu lalu yang teruk.”

“Saya berpendapat, beliau telah memalukan kelab ini.”

Selepas tamat perlawanan yang seri 0-0 dengan Valencia, Paul Scholes merasakan Manchester United dalam kesukaran untuk melepasi peringkat kumpulan.

Beliau kecewa dengan bola sepak membosankan yang dipamerkan oleh Manchester United. Gaya bola sepak Mourinho membuatkan Scholes tak sanggup untuk menontonnya.

“Sebagai pundit, saya tak sanggup melihat perlawanan Manchester United. Saya lebih suka melihat skrin perlawanan yang lain.”

Mourinho diminta memberikan respon kepada komen Paul Scholes dan juga kritikan daripada ramai penyokong Man. United.

Dan beliau berkata dia tak berminat untuk memberikan komen. Setiap orang bebas bersuara dalam negara yang merdeka.

“Jujurnya saya tak berminat untuk komen. Kebebasan bersuara. Negara merdeka.”

Jose Mourinho kini dalam tekanan untuk mengembalikan semula prestasi terbaik pasukannya. Beliau juga sedang bergelut untuk mengawal bilik persalinannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN