Legenda Manchester United, Paul Scholes tampil menghentam keputusan bekas kelabnya kerana membeli Jadon Sancho dan Raphael Varane pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Scholes sememangnya sangat lantang dalam mengkritik bekas kelabnya itu tidak kira hal berkait dalam mahupun di luar padang.
Terbaru, legenda United itu tampil menghentam bekas kelabnya tentang cara bagaimana mereka merekrut pemain dan beliau turut mempersoalkan keputusan kelab membeli Varane dan Sancho pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Manchester United legend Paul Scholes has criticized defender Raphael Varane and goalkeeper David de Gea, claiming they aren't good footballers. https://t.co/UFP70o47BT
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) September 29, 2022
Ketika membuat kemunculan dalam rancangan The Overlap yang dikelolakan oleh Gary Neville, Scholes mendedahkan bahawa:
“Jadon Sancho merupakan pemain muda yang Manchester United habiskan duit yang banyak untuk dapatkan dia, dia juga pemain yang masih belum terbukti menjadi dalam liga. Dan mengapa perlu kelab seperti Real Madrid lepaskan Varane?”
“Jika kamu lihat dia pada musim lalu, dia tak nampak selesa. Saya tak rasa ia jendela perpindahan yang bagus. Tidak ada sesiapa dalam kelab yang bertanggungjawab untuk itu.”
Kedua-dua Sancho dan Varane telah melalui permulaan yang sukar ketika awal karier mereka di Old Trafford dengan skuad The Red Devils itu juga mengakhiri saingan musim 2021/22 dengan sangat hambar.
Paul Scholes launches scathing attack on Man Utd transfers – 'Erik ten Hag will get blame' https://t.co/aUS570vtRy
— Mirror Football (@MirrorFootball) September 29, 2022
Manchester United pada musim lalu mengakhiri saingan Premier League di luar kelompok empat teratas dengan mereka turut mengutip kutipan mata terendah dalam sejarah kelab.
Scholes turut mengakui yang beliau sebenarnya sangat kecewa melihat kejatuhan Man United ketika era dikendalikan oleh bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer.
Legenda kelab itu mendedahkan yang beliau kasihan melihat Ole dan tak sanggup melihat kelab kesayangan beliau jatuh seperti itu.
“Dia dah cuba.”
“Tapi dari pandangan orang luar, pemain nampak seperti terlalu sambil lewa, mereka sekadar melakukan apa yang mereka mahu lakukan, mereka semua masuk ke padang dan mereka dalam dunia mereka sendiri, lakukan apa yang mereka mahu lakukan berbanding apa yang mereka diminta untuk lakukan.”
If we were the England golden generation , what did that make the Brazil team ?! 😂
On this episode of The Overlap I visit Paul Scholes’ new gym to talk his career at United and England, mental health and much more.
Watch the full episode if you like ❤️https://t.co/lmCvQwPOOm pic.twitter.com/YBicvuGh5g
— Gary Neville (@GNev2) September 29, 2022
“Mereka sepertinya tidak peduli dengan apa yang orang semua harapkan dan mereka tak mahu lakukan apa yang pengurus minta mereka untuk lakukan. Dan kita boleh nampak dari segi persembahan mereka.”
Para penyokong Manchester United jelas sekali sangat berharap agar para pemain akan menunjukkan peningkatan yang mendadak selepas mereka melalui jendela perpindahan musim panas ini dengan sangat cemerlang.
United pada ketika ini sedang dikendalikan oleh pengurus baharu, Erik tan Hag yang jelas sekali sangat diharapkan akan mampu membawa kelab mara lebih jauh.
Gergasi Premier League itu telah membelanjakan lebih dari £200 juta pada jendela perpindahan musim panas ini untuk mendapatkan pemain seperti Antony, Christian Eriksen, Lisandro Martinez, Tyrell Malacia dan Casemiro.
My 18 Questions with Paul Scholes is out now 👍
Not sure he agreed with my suggestion on which actor would play him in a movie or the fact that I was staring at him 😂
Head to my YouTube channel The Overlap to watch the full video if you like ❤️https://t.co/YJuGZwjpi0 pic.twitter.com/Mfo27gUcs0
— Gary Neville (@GNev2) September 22, 2022
Oleh yang demikian, para peminat jelas sekali mengharapkan agar para pemain dan pengurus akan mampu lakukan sesuatu dan setidak-tidaknya mengakhiri saingan musim ini dengan memenangi satu Piala.