Scholes: ‘Aksi Sanchez Paling Teruk, Man United Perlukan Pemain Seperti Hazard’

Paul Scholes mendefinisikan prestasi Sanchez sejak menyertai Man. United daripada Arsenal adalah sebagai paling teruk. Pemain itu sentiasa memberikan impak ketika di Udinese. Di Barcelona beliau agak sukar medapat tempat.

Ketika di Arsenal, Sanchez menjadi pemain sensasi. Penilai Scholes, buat masa ini, aksi Alexis Sanchez di United adalah yang paling teruk.

Alexi Sanchez ditandatangani dari Arsenal melibatkan pertukaran pemain. Sanchez menerima gaji sangat lumayan di Man. United yang dilaporkan  boleh mencecah £500,000 seminggu .

Scholes turut kecewa dengan aksi Sanchez ketika final Piala FA menentang Chelsea. dan membuat perbandingan langsung dengan pemain lawan, Eden Hazard.

Pada masa yang sama, Scholes masih menunggu Sanchez beraksi baik secara lebih konsisten.

“Aksi beliau perlu diperbaiki. Saya rasa ini paling teruk, jujur saya beritahu anda.”

“Pada pandangan saya, beberapa perlawanan pada musim hadapan adalah sangat penting untuk beliau meyakinkan penyokong. Seterusnya akan membuatkan penyokong percaya yang mereka akan mampu menyaingi City.”

“Adakah Manchester United ada pemain besar (big player/ watak penting merencana kemenangan)? Pogba bukan pemain yang boleh membantu kamu menang dengan cara beliau seperti mana Eden Hazard di Chelsea.”

“Alexis Sanchez gagal menunjukkan dirinya mampu menjadi pemain besar tersebut sejak Januari. Mereka ingat dia mampu, tetapi atas apa yang kita lihat adalah sebaliknya.”

“Man. United perlukan 2 pemain yang mampu menjelmakan magis. Buat masa ini, United hanya ada pemain yang bagus tetapi tiada pemain seperti Hazard, Ronaldo, Messi. Memang bukan semua pasukan boleh memiliki pemain seperti itu.”

“Namun, lihatlah apa berlaku hari ini, Hazard adalah pemain yang memberikan perbezaan di dalam padang.”

“United tiada pemain seperti itu.”

Sanchez menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan untuk Arsenal musim lalu. Beliau menjaringkan 80 gol daripada 165 penampilan keseluruhan dengan The Gunners.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN