Gianluigi Buffon, Simbol Kesetiaan Dan Keampuhan Legenda Juventus Dan Itali

Kita tahu yang kelab akan sentiasa lebih besar daripada mana-mana pemain. Namun bagi beberapa nama seperti Totti, Giggs, Gerrard, Lampard, Maldini, Buffon dan ramai lagi, mereka ada perumpaan tersendiri.

Anda boleh katakan “memang kelab sentiasa lebih besar daripada pemain, tetapi dia adalah ____________”, anda isikan dengan nama-nama contoh di atas.

Gianluigi Buffon terkenal dengan kesetiaan beliau kepada Juventus. Beliau antara pemain berstatus bintang yang tidak mahu berpindah ke kelab lain dan menerima pemotongan gaji ketika Juventus disingkirkan ke Serie B selepas terlibat dalam skandal calciopoli.

Buffon mengumumkan persaraan daripada bola sepak pada usia 40 tahun. Beliau berterima kasih dengan Juventus dan keluarga beliau. Menurut Buffon, Juventus telah menjadi kelab yang berterusan membantu pemain meningkatkan bakat mereka.

Buffon bermain 176 kali untuk negaranya. Beliau bermain dalam 160 penampilan dalam pertandingan kelab peringkat Eropah. Di peringkat domestik, Buffon bermain 715 perlawanan di Itali.

Segalanya bermula di Parma

Buffon memulakan karier profesional beliau dengan Parma. Pada usia 17 tahun Buffon mendapat debut pada 19 November 1995.

Pada penampilan debut beliau, Buffon melakukan clean sheet berhadapan AC Milan yang dibarisi Roberto Baggio dan George Weah.

Beliau pernah menceritakan motivasi terkuat beliau untuk menjadi pemain profesional adalah ketika menonton skuad Itali pada Piala Dunia 1990.

Pada 1999, Buffon pernah meraikan kejayaan menafikan penalti Ronaldo dengan menunjukkan baju Superman. Beliau mulai digelar Super Gigi.

Tahun yang sama, Buffon membantu skuad yang sarat prospek bakat, Parma menjuarai Piala UEFA ataupun UEL hari ini. Parma menang 3-0 ke atas Marseille. Tahun itu juga Buffon dan Parma menjuarai Coppa Italia.

Selepas aksi cemerlang beliau bersama Parma, Buffon mulai menarik perhatian banyak kelab gergasi di Itali. Serie A hari itu adalah liga yang sangat tinggi prestijnya, semua pemain mahu ke Serie A.

Menjadi no.1 di Juventus

Juventus memenangi tandatangan Buffon pada 2001 dan membeli Buffon dengan harga mencecah

buffon telah berjaya membantu itali merangkul kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2006 di Jerman. Sumber; FIFA

€50 juta secara keseluruhannya. Menjadikan beliau ketika itu penjaga gol termahal dunia.

Musim pertama bersama Juventus, Buffon menjulang Serie A bersama kelab tersebut. Pada musim 2002/2003, Buffon membantu Juventus mara ke final UCL. Namun tewas dalam penentuan penalti di tangan Milan.

Buffon berjaya menghalang 2 penalti termasuk aksi memukau menyelamatkan penalti Inzaghi. Juventus menjadi kuasa bola sepak yang semakin meningkat naik dan berjaya memecahkan kekuasaan 2 kelab Milan ketika itu, AC Milan dan Inter Milan.

Beberapa tahun kemudian, Juventus telah ditarik semula kejuaraan Serie A mereka musim 2004/05 dan 2005/06. Juventus terlibat dalam skandal mengatur perlawanan paling besar dalam sejarah liga mereka digelar calciopoli.

Buffon kekal bersama Juventus meskipun ramai bintang lain yang pergi. Buffon bersama-sama beberapa nama bintang lain termasuk Pavel Nedved, Del Piero, David Trezeguet, dan Mauro Camoranesi sentiasa kekal dalam ingatan penyokong Juventus.

Mereka menjadi sebab kenapa Juventus terus bangkit kembali ke Serie A dan menikmati kegemilangan pasca skandal tersebut.

Buffon menyatakan, setiap seorang daripada mereka yang mahu kekal ketika itu membuat keputusan peribadi dan bukannya kerana mahu mengikut orang lain.

Mereka memikirkan hati penyokong yang remuk selepas sejarah kelab mereka dicalarkan oleh skandal yang didalangi oleh pihak tak bertanggungjawab.

Kebangkitan selepas titik hitam

Era baru, di bawah kendalian legenda Juve, Antonio Conte, nama Buffon terus diberikan kepercayaan. Tidak sama sekali kita mendengar Juventus mahu mencari penjaga gol no.1 yang baru.

Di bawah kendalia Conte Juventus merekodkan kejuaraan 3 kali berturut-turut. Selepas Conte meninggalkan Juventus, Buffon terus menjadi pemain no.1 untuk skuad Allegri.

Buffon
TURIN, ITALY – MAY 18: Gianluigi Buffon (R) of Juventus is replaced and greets Andrea Pirlo during the Serie A match between Juventus and Cagliari Calcio at Juventus Arena on May 18, 2014 in Turin, Italy. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Buffon melanjutkan lagi rekod kejuaraan Juventus kepada 7 kejuaraan Serie A berturut-turut. Mengulangi pencapaian Lyon pada satu ketika dahulu di kalangan pasukan dalam liga utama Eropah.

Buffon beraksi dalam final UCL pada 2015, namun tewas di tangan Barcelona. Pada tahun 2017, Buffon mara ke final sekali lagi untuk kejohanan tersebut tetapi ditewaskan satu lagi pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid.

CARDIFF, WALES – JUNE 03: Gianluigi Buffon of Juventus walks past the Champions League Trophy after the UEFA Champions League Final between Juventus and Real Madrid at National Stadium of Wales on June 3, 2017 in Cardiff, Wales. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Pada 2017, tahun Buffon merekodkan penampilan terbanyak dalam final UCL iaitu 3 kali. Namun sayangnya, itulah satu-satunya ‘kecacatan’ kecil dalam ke-hampir-sempurnaan karier Buffon.

Buffon kini menjadi satu-satunya pemain menjuarai 9 Serie A. Beliau juga mengatasi rekod Paolo Maldini sebagai
pemain paling banyak bermain dalam Serie A dengan 647 penampilan. Maldini dengan 640 penampilan.

Bersama Itali

Bersama Itali, Buffon melakukan debut pada usia 19 tahun, pada 29 Oktober 1997 menggantikan Gianluca Pangliuca untuk perlawanan play off Piala Dunia 1998.

Beliau membantu Itali menjuarai Piala Dunia pada 2006 di Jerman. Buffon hanya bolos 2 kali sahaja, itupun daripada jaringan sendiri dan penalti.

buffon telah berjaya membantu itali merangkul kejuaraan Piala Dunia pada tahun 2006 di Jerman. Sumber; FIFA

Pada Euro 2012, Buffon mengetuai Itali. Namun tewas di suku akhir di tangan Jerman dalam penentuan penalti.

Tahun 2014, Buffon menjadi pemain ke-3 dalam sejarah untuk muncul dalam 5 edisi Piala Dunia selepas Antonio Carbajal dan Lothar Matthäus.

Beliau juga pemain paling banyak mewakili Itali dalam sejarah. Beliau bermain perlawanan kompetitif ke-1,000 dalam perlawanan kelayakan Euro menentang Albani pada Mac 2017.

Pada November 2017, Buffon mengumumkan persaraan antarabangsa beliau selepas gagal membantu Itali mara ke Piala Dunia 2018.

Beberapa fakta menarik lain tentang Buffon adalah:

Beliau adalah penyokong Borrusia Monchengladbach ketika kecil. Ini kerana beliau sukakan nama kelab tersebut yang dianggap unik.

Beliau berkesempatan berhadapan dengan pasukan Borrusia Monchengladbach pada perlawanan UCL dan menghadiahkan sarung tangan beliau kepada penyokong.

Kelab Borrusia Monchengladbach telah menghantar mafla edisi terhad ‘A German team’. Ini kerana menurut kelab tersebut, Buffon tak perlu perlu risa, cuma ikut orang lain yang sukar menyebut nama kelab itu dengan nama A German team.

Pada usia muda, Buffon bermain sebagai pemain tengah. Namun beliau menukar posisi erana mahu mengikut jejak langkah pemain Cameroon, Thomas N’Kono.

Anak sulung beliau dinamakan Thomas sempena nama legenda tersebut. Anak kedua beliau bernama David Lee sempena nama vokalis Van Halen iaitu David Lee Roth.

Pada 19 Mei 2018, Stadium Juventus bersedih mengucapkan selamat tinggal kepada legenda sejati mereka.

Selamat bersara Gianluigi Buffon, anda akan sentiasa dikenang sebagai legenda. Legasi beliau akan sentiasa mekar di Juventus dan Itali. Agak sukar untuk mana-mana penjaga gol di Itali selepas itu mengatasi pencapaian beliau.

Bukan senang untuk menjadi antara penjaga gol terbaik sepanjang zaman di Itali dengan rekod penjaga gol legenda yang mereka miliki. Dino Zoff sendiri mengiktiraf Buffon sebagai antara yang terbaik di Itali sepanjang zaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN