‘Sayonara Jepun’- Hadi Fayyadh Rasmi Jadi Pemain Terbaharu Sertai Perak Musim 2023

Perak yang kini giat dalam mempersiapkan pasukan mereka untuk saingan musim 2023 tampil dengan beberapa rombakan telah dibuat menerusi khidmat pemain baharu ditandatangani.

Terbaharu, pasukan tersebut sah menandatangani khidmat penyerang muda berbakat negara iaitu Hadi Fayyadh untuk memperkukuhkan posisi serangan mereka musim ini.

Pengesahan ini dibuat secara rasmi ketika majlis pelancaran jersi Perak sebentar tadi, dengan majlis turut mengumumkan Hadi selaku pemain baharu mereka.

Hadi yang sebelum itu mencipta nama di Jepun bersama Fagiano Okayama pada musim 2019 jelas tampil dengan tidak begitu konsisten dan memberi impak besar setelah tiada rekod menarik diberi beliau sepanjang di sana.

Selepas itu, Hadi turut dipinjamkan kepada Azul Claro Numazu pada tahun 2021 dan pemain ini hanya beraksi beberapa kali sebelum malang menimpa beliau.

Ketika itu, Hadi telah pun mengalami kecederaan yang paling ditakuti oleh pemain bola sepak iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan terpaksa diketepikan untuk suatu tempoh panjang.

Pemain tersebut mencipta penampilan sulung beliau dalam saingan J2 League pada tahun lalu ketika kelab diwakilinya itu memasukkan Hadi pada minit ke-84 untuk menggantikan khidmat Ryo Watanabe.

Walaupun begitu, tiada sebarang sumbangan dapat diberikan Hadi sepanjang beraksi untuk pasukan itu dari segi jaringan atau bantuan gol.

Bersama Perak, ia akan menjadi kelab kedua disertai Hadi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) setelah beliau sebelum itu memulakan karier bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tampil dengan fizikal yang tegap serta tinggi, menjadikan Hadi sebagai aset baharu buat Perak di posisi serangan bawah kendalian Lim Teong Kim.

Ini juga bakal menjadi titik tolak kebangkitan terbaharu buat penyerang berusia 23 tahun itu, selepas beliau menghadapi karier yang agak suram ketika di Jepun.

Walaupun begitu, Hadi pastinya telah memperoleh pengalaman berguna sepanjang di sana untuk mempelajari budaya latihan bersama kelab tempatan Jepun, serta teknikal berbeza berbanding di Malaysia.

Sesuatu yang sangat menarik ingin diperkatakan ialah bagaimana Hadi bakal diberi tunjuk ajar oleh Teong Kim di atas padang untuk kembali menaikkan nama beliau selaku salah seorang penyerang masa depan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN