Pengendali Indonesia iaitu Shin Tae-yong menjadi antara individu yang paling risau mengenai situasi semasa persiapan Piala Dunia bawah 20 (B-20) selepas segalanya masih lagi kabur.
Indonesia kini berkemungkinan tidak akan menjadi tuan rumah untuk saingan tersebut, selepas isu beberapa bandar utama di negara tersebut menolak salah satu pasukan yang bakal tiba di sana iaitu Israel.
Piala Dunia B-20: FIFA Pertimbang Tarik Balik Hak Tuan Rumah Indonesiahttps://t.co/O6VpH2klgw
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 27, 2023
Malah, undian peringkat kumpulan yang sepatutnya dijalankan beberapa hari lalu juga telah pun dibatalkan selain ada beberapa pendapat menyatakan ada negarai lain telah dipilih selaku alternatif terbaharu sebagai tuan rumah.
Walaupun begitu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dan ianya masih lagi dinantikan oleh semua pihak.
Shin menjadi individu yang paling risau ketika ini sekiranya saingan tersebut tidak dapat berjalan dengan lancar, kerana beliau sudah pun berusaha keras untuk mempersiapkan barisan pemain sejak sekian lama.
Pada masa sama, pengendali dari Korea Selatan itu tetap berharap supaya saingan tersebut mampu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah-masalah besar.
“Sebelum itu saya sudah pun mengetahui masalah undian peringkat kumpulan sudah pun dibatalkan. Saya akui ketika ini diri agak gelisah dengan keadaan semasa.
“Apapun, saya tetap berharap supaya Piala Dunia B-20 tetap dapat berlangsung di Indonesia tanpa sebarang masalah, kerana ianya juga demi kemajuan bola sepak di negara ini.
“Saya sudah bekerja dengan begitu keras sejak tahun 2020 untuk Piala Dunia B-20, jadi apapun saya tetap mahu Indonesia beraksi di saingan tersebut nanti,” jelas Shin menerusi CNN Indonesia.
Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah pun mengikat kontrak Shin sejak tahun 2020 dalam usaha untuk persiapan Piala Dunia B-20 2021.
Namun ketika itu saingan tersebut terpaksa dibatalkan kerana pandemik wabak Covid-19 yang melanda dunia sebelum FIFA memilih Indonesia sebagai tuan rumah untuk tahun 2023.
Ketika ini, para pemain Indonesia B-20 masih lagi menjalani kem latihan pusat di Jakarta dan menurut Shin, perjalanan mereka untuk ke Korea Selatan belum jelas.
9 Implikasi Menimpa Indonesia Jika Berkeras Tidak Terima Israel Di Piala Dunia B-20https://t.co/po1RsfCB4z
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 28, 2023
Indonesia sebelum itu dijangka akan mengadakan kem latihan pusat di Korea Selatan, namun disebabkan masalah-masalah yang berlaku itu segalanya masih belum jelas buat mereka untuk pergi ke sana.