Penyerang baharu Melaka United yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan sasaran beliau untuk sekurangnya menggenggam satu kejuaraan musim ini bersama pasukan diwakilinya.
Jelas beliau, pasukan apapun yang diwakili setiap tahun menjadi satu sasaran untuk dirinya iaitu meraih satu piala dan percaya Melaka United mampu menggapainya musim ini.
“Saya tetap laparkan kejuaraan dan diharap satu piala mampu diraih bersama pasukan musim ini.
“Walaupun usia sudah 36 tahun, namun saya percaya masih relevan dalam bola sepak dan mampu membantu Melaka meraih kejuaraan,” katanya yang lebih mesra disapa Mat Yo dalam petikan Berita Harian.
Tambah Norshahrul, beliau tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan kerana hampir semua daripda mereka pernah beraksi bersamanya sebelum ini.
Jelas beliau, beberapa pemain seperti Fadhli Shaas, Shazwan Andik, serta Ifedayo Olusegun antara yang pernah beraksi bersamanya dan banyak memudahkan Norshahrul untuk cepat menyesuaikan diri.
“Saya juga berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana menerimanya sebagai keluarga baharu.
“Saya juga gembira kerana isteri dan anak memberi restu untuk beraksi bersama skuad Hang Tuah selepas menyertai Sarawak United musim lalu,” katanya.
Untuk rekod, Norshahrul pernah menjuarai Piala AFF bersama skuad kebangsaan pada tahun 2010 selain pernah tersenarai sebagai salah seorang pemain kesebelasan terbaik bagi Piala AFF 2019.
Penyerang ini juga antara pemain yang banyak meraih gelaran domestik sepanjang kariernya apabila pernah menjulang dua kali Piala Malaysia bersama Kelantan, kejuaraan liga bersama BG Pathum di Thailand.
Musim ini Melaka United telah menandatangani ramai pemain biarpun pada awalnya terpalit dengan isu tunggakan gaji terhadap bekas pemain.
Pasukan ini telah menandatangani Fadhlis Shas dan Syazwan Andik secara pinjaman dari pasukan JDT. Mereka juga berjaya mengikat Syahrul Azwari yang cemerlang bersama Kelantan United musim lalu selain dua pemain muda Sabah yang sah menandatangani kontrak iaitu Syukri Baharin dan Harith Naem bagi musim baharu.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Paling sensasi dalam perpindahan Melaka United musim ini adalah bekas penyerang berbisa Selangor, Ifedayo Olusegun yang bakal membuat penampilan kembali bersama skuad ini setelah pernah menyertainya pada tahun 2018.