“Saya Tak Suka Dipanggil ‘God'”

Lionel Messi merupakan salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Beliau menang 5 Ballon d’Or dan secara keseluruhan sudah menjadi pemain terbaik dunia (Anugerah dari FIFA) sebanyak 6 kali.

“Tidak, saya kisah orang panggil saya tuhan. Namun saya tak sukakannya.”

Messi bukannya marah dengan mereka yang menghamburkan pujian ke atas beliau, namun biarlah ia dilakukan dengan berpada-pada.

“Ianya sangat bagus untuk diberikan pujian, terutama sekali dengan cara yang penuh kehormatan. Lagipun mereka lakukannya [panggil saya god], bukanlah dengan cara yang tidak elok.”

Walaubagaimanapun, Lionel Messi merasakan panggilan god untuk beliau sebagai agak terlalu melampau.

“Cuma saya rasa, ianya terlalu melampau, orang memanggil saya dengan gelaran sebegitu.”

“Dan untuk anak saya, yang masih kecil, mereka jenis yang mendengar dan akan mengulang apa sahaja. Misalnya Mateo berkata kepada saya: ‘Ayuh Leo Messi, ayuh Leo Messi [kerana mendengar daripada sorakan].'”

“Namun selain daripada perkara-perkara seperti itu, ianya adalah kurang elok untuk mereka dengar [saya dipanggil dengan gelaran Tuhan].”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN