Diego Simeone: Siapa Lagi Kalau Bukan Jurgen Klopp

Diego Simeone dianggap antara jurulatih terbaik di dunia dalam generasi beliau. Simeone telah mengubah Atletico menjadi pasukan yang digeruni ketika mengambil alih tugasan bersama kelab tersebut.

Beliau pernah memecahkan dominasi Barcelona dan Real Madrid di saingan liga serta membantu Atletico mara ke final UCL.

Simeone dikenali dengan ketegasan dan juga mementingkan disiplin taktikal berdasarkan corak yang beliau kehendaki. Malah beliau sendiri mengakui beliau tidak mampu lari ataupun kekal dengan corak pendekatan yang sama.

Lantas, Simeone memuji seorang lagi rakan sejawatan beliau iaitu Jurgen Klopp. Meskipun Simeone lebih pragmatik dan Klopp lebih ofensif, kedua-dua mereka tetap jurulatih yang ‘stuck’ dengan falsafah bola sepak masing-masing.

Bercakap kepada Cadena Ser, Diego menyatakan, jurulatih yang paling beliau minati di dunia pada ketika ini ialah Jurgen Klopp.

“Jurulatih yang saya minati? Siapa lagi, kalau bukan Jurgen Klopp,” tegas pengendali dari Argentina itu.

“Beliau adalah jurulatih yang pernah hilang banyak perkara dan pada masa yang sama, memenangi perkara yang paling indah. Namun beliau kekal dengan pendekatan yang sama.”

“Saya lihat beliau seorang jurulatih yang sangat rapat dengan para pemainnya.”

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1182638646933020672

Jurgen Klopp telah mengembalikan semula Liverpool ke landasan yang selayaknya mereka berada. Liverpool berjaya menempatkan diri mereka dalam kelompok pasukan elit di Eropah sekali lagi.

Pada musim pertamanya, Klopp berjaya membawa Liverpool mara ke final UEL. Namun tewas di tangan Sevilla.

Liverpool mara ke final UCL dalam 2 tahun berturut-turut. Tewas di Kyiv dan menang di Madrid – di stadium pasukan kendalian Diego Simeone.

Selain itu, Diego Simeone turut belajar banyak perkara daripada Jurgen Klopp. Klopp kehilangan pemain penting beliau seperti Coutinho yang dipancing kelab lain, ketika sedang membentuk Liverpool berdasarkan pemain tersebut.

Namun Klopp tidak menjadikan ia alasan. Beliau melakukan beberapa pembelian berimpak tinggi di dalam pasukan dan pada masa yang sama memajukan bakat-bakat yang ada dalam pasukannya.

Klopp berjaya menaikkan nilai pemain yang menyertai mereka.

Ia memberikan Simeone motivasi. Kerana beliau turut kehilangan pemain penting kepada pasukan lain.

Simeone menganggap pemain yang paling sukar untuk mereka tampung impak kehilangan ialah Lucas Hernandez bukannya Antoine Griezmann.

Ini kerana mereka berjaya mendapatkan Joao Felix untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Griezmann.

“Pemain yang pergi pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, yang paling memberikan kesan kepada kami adalah pemergian Lucas Hernandez.”

“Beliau pemain milik kami, lahir daripada sistem pembangunan, dan salah seorang daripada kami – sama seperti Saul [Niguez], Koke, Thomas [Partey].”

“Lucas datang daripada kelompok yang sama dengan Thomas. Pemain-pemain ini sangat penting.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN