Mana-mana jurulatih bola sepak pun pastinya tidak dapat menerima hakikat sekiranya pasukan yang dikendalikan bolos dengan jaringan besar dalam sesuatu perlawanan.
Itulah yang sedang dirasai oleh Aidil Sharin Sahak selaku pengendali Kedah Darul Aman apabila pasukan kendaliannya tewas dengan keputusan 4-0 pada Sabah dalam perlawanan keenam Liga Super musim 2022 di Stadium Likas semalam.
⚔️🟢🟡 NOT OUR DAY.
FT: SABAH FC 4-0 KDA FC
⚽ 50' 62' 71' AMRI YAHYA SFC
⚽ 55' PARK TAE SU SFC#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS6 #SABKDA pic.twitter.com/pioSN3ZLII— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 24, 2022
Sebelum itu, pengendali dari Singapura ini telah pun menerima keputusan pahit setelah merekodkan kekalahan di tangan Selangor dengan turut bolos empat jaringan di gelanggang lawan.
Kini, beliau sedang melaluinya lagi apabila terpaksa menyaksikan kerapuhan yang wujud di barisan pertahanan skuadnya yang mudah dieksploitasi oleh Sabah untuk meledak empat gol dan banyak percubaan-percubaan berbahaya.
Menurut Aidil, barisan pemain dilihat seolah bersedekah gol buat pemain lawan dengan sekurangnya tiga gol yang dibolosi itu terlalu mudah diambil peluang oleh serangan Sabah untuk menghasilkan jaringan.
“Babak pertama seimbang namun inilah bola sepak apabila kita kalah 4-0. Saya tidak boleh terima kerana kita melepaskan gol yang sangat mudah.
“Kita lakukan kesilapan yang sama seperti lawan SFC sebelum ini di mana pertahanan tidak begitu baik. Kita perlu bangkit dengan lebih kuat dan mengambil pengajaran daripada perlawanan ini,” kata Aidil pada sidang media semalam menerusi Berita Harian.
Pada perlawanan semalam, jelas Sabah menguasai perlawanan sejak wisel permulaan ditiup apabila serangan bertali arus dilancarkan anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Amri Yahya tampil wira apabila menjadi pemain kedua musim ini dalam saingan Liga Super yang meledak hatrik selain satu lagi gol dihasilkan oleh pemain import mereka iaitu Park Tae-su.
Kemenangan besar itu menyaksikan Sabah kini kembali merampas kedudukan di tangga kedua carta liga dengan mengumpul 12 mata bersama Kedah. Namun, apa yang membezakan kedua pasukan ini adalah jumlah jaringan gol.
Menurut pengendali Sabah iaitu Kim Swee, beliau jelas mengakui kunci kemenangan semalam adalah disebabkan disiplin yang tinggi dipamerkan para pemain sehingga berhasil merekodkan kemenangan besar buat Kedah.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan anak buahnya agar sentiasa konsisten dan memberi fokus yang baik bagi mengharungi perlawanan akan datang.
“Apa yang penting pemain mengikut arahan dan kita tidak membenarkan KDA bermain seperti kebiasaan mereka. Walaupun tidak berjaya mendapatkan gol pada babak pertama tetapi kita terus berusaha pada separuh masa kedua.
Hanya 4️⃣ pemain mendahului Amri Yahyah di senarai penjaring terbanyak selepas penyerang veteran Sabah FC ini mencatat hatrik pada malam tadi! ⚽️⚽️⚽️#LigaSuper2022 pic.twitter.com/OwJDMUUfW2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 25, 2022
“Selepas mendapatkan satu gol, ia memberi lebih tekanan kepada KDA dan gol yang dijaringkan selepas itu menutup peluang untuk KDA bangkit,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!