“Saya Tak Kecewa Dengan Kekalahan Itu” – Mora Puji Aidil Zafuan Beraksi Dengan Baik

Seolah-olah serba tidak menjadi semalam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri apabila Johor Darul Ta’zim gagal untuk mengulangi kejayaan pada perlawanan lalu untuk mengikat Kawasaki Frontale setelah tewas dengan jaringan besar 5-0 yang menyaksikan itu sebagai kekalahan pertama skuad kendalian Benjamin Mora musim ini di pentas ACL 2022.

Mora antara individu yang tegas untuk menepis segala kritikan perlawanan semalam mengenai aksi longlai anak buahnya apabila ada yang mempertikai mengenai kualiti permainan serta para pemain mengakibatkan mereka dibelasah dengan begitu teruk dalam aksi Kumpulan I itu.

Pengendali tersebut jelas mengakui kesukaran buat anak buahnya terpaksa berhadapan dengan lawan yang berada di ranking pertama kelab Asia berbanding JDT di kedudukan ke-215.

Menurut jurulatih yang berasal dari Mexico itu, salah satu faktor mengapa mereka gagal untum memberi saingan seperti sebelumnya adalah kerana ada para pemain yang mengalami keletihan selepas tiga hari beraksi dan secara tak langsung menjejaskan sedikit perancangan.

Menurut Mora, sekurangnya rombakan seramai tujuh pemain terpaksa direhatkan agar mereka kembali pulih dan cergas untuk aksi seterusnya setelah jelas keletihan mengharungi tiga permainan berintesiti tinggi.

“Ada pemain yang turunkan pada perlawanan itu meraih pengalaman pertama beraksi di pentas ACL, malah kami sudah berusaha untuk memberi saingan terhadap kelab gergasi Asia itu dan memang sukar untuk mengekalkan rentak permainan konsisten kerana pasukan lawan tidak memberi ruang bagi menyusun gerakan.

“Saya tidak berasa kecewa dengan kekalahan itu kerana kami sudah beri yang terbaik dan berusaha untuk memberi saingan terhadap barisan pemain Kawasaki Frontale.

“Beberapa pemain JDT yang diturunkan tidak memiliki minit permainan mencukupi dan agak sukar untuk tampil beraksi dengan baik.

“Bola sepak adalah berbeza, pemain harus cepat menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam satu pasukan dan banyak lagi perlu dilakukan, tapi ada ketika pemain tidak dapat mengadaptasi konsentrasi dengan konsisten dan apa yang berlaku kita cuba untuk pertahankan tiga gol dijaringkan lawan, tetapi tidak berdaya untuk mengelak dibolosi pada babak kedua,” katanya menerusi Arena Metro.

Selain itu, Mora juga bakal mengambil inisiatif untuk berdepan sendiri bersama para pemain dalam usaha mendapat maklum balas agar skuad tersebut mampu kembali dibentuk dengan baik bagi mengharungi baki lagi dua perlawanan sekali gus mencipta kejayaan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Dalam masa sama, Mora mengakui sedikit perubahan terpaksa dibuat awal pada perlawanan semalam setelah beliau mengeluarkan pemain pertahanan import, Mauricio Nascimento pada minit ke-20 untuk digantikan oleh pertahanan kental negara iaitu Aidil Zafuan.

Namun, pengendali tersebut akui tidak bermasalah dengan pertukaran itu apabila Aidil dilihat mampu membentuk gandingan yang baik bersama Shane Lowry dalam menyerap asakan lawan.

“Apabila pemain dikeluarkan pada awal permainan dan situasi itu tidak dijangka, sudah tentu perancangan permainan sedikit terjejas dan kami harus pantas ubahsuai taktikal dan Aidil Zafuan yang masuk gantikan Mauricio beraksi dengan baik, malah kerap menyekat serangan berbahaya pasukan lawan.

“Kini kami akan membuat persiapan bagi mengharungi baki dua perlawanan lagi dan perlu menang ke atas Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai sekiranya mahu menempatkan diri ke pusingan seterusnya ” kata Mora.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN