Brunei menerima seadanya tewas 0-4 kepada Malaysia dan pengendalinya, Rosanan Samak menyatakan mereka telah lebih setahun hanya berlatih biasa-biasa tanpa sebarang aksi persahabatan antarabangsa.
Para pemainnya juga tiada aksi liga apabila ia dibatalkan akibat pandemik COVID-19 sehingga kini. Ini menjadikan mereka serba kekurangan berdepan skuad negara yang sudah beberapa kali turun beraksi.
Begitupun, mereka hanya dibolosi empat gol sepanjang 90 minit dan ini sesuatu yang positif dibawa pulang mereka malam tadi. Jangkaan ramai, mereka akan dibelasah teruk oleh barisan pemain Harimau Malaya.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 27 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇧🇳 BRUNEI
⚽️ Syafiq Ahmad 16' Syamer Kutty Abba 45' Faisal Halim 58' Guilherme de Paula 83' (P) #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UmZmPdFOqq
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2022
Dalam aksi berdepan Brunei, kapten, Safiq Rahim menggerakan jentera tengah dan bergandingan bersama Syamer Kutty yang dilihat diberikan peranan yang berbeza berbanding dua aksi persahabatan sebelum ini.
Selain itu, perlawanan tersebut turut menyaksikan debut oleh pemain bek sayap kiri, V. Ruventhiran yang mengambil alih posisi Corbin Ong. Khuzaimie Piee yang cemerlang dalam penampilan sebelum ini turut dikekalkan tetapi bergandingan bersama Junior Eldstal dan Dion Cools dalam penampilan ketiganya.
Di jentera serangan, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon meletakkan Syafiq Ahmad bersama Faisal Halim dan Mohamadou Sumareh, sementara Khairulzahan Khalid diberi kepercayaan mengawal benteng akhir.
Gol pertama Malaysia berdepan Brunei hasil jaringan Syafiq Ahmad! pic.twitter.com/wFw3Ooh6sE
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 27, 2022
Minit ke-16, Ruventhiran membuat sepakan penjuru yang menarik dan mengangkat bola dengan kemas ke depan gawang dan menemui Syafiq Ahmad yang melonjak serta menanduk deras bola menerjah gawang.
Syamer Kutty yang berikan peranan berbeza kali ini dilihat bebas turun dan naik berhasil meledak gol kedua selepas menerima bola di depan gawang daripada gerakan Faisal Halim menewaskan Haimie Nyaring.
Kedudukan menjadi 3-0 hasil tambahan gol oleh Faisal Halim – jaringan pertamanya bersama Harimau Malaya selepas enam penampilan pada minit ke-58. Hasil gerakan dua pemain gantian, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula itu akhirnya telah menemui Faisal Halim yang licik membuat larian dan rembatan ‘trademark’-nya.
Dan perlawanan berkesudahan dengan jaringan ke-4 daripada sepakan penalti oleh de Paula di minit ke-83.
Gol ketiga Harimau Malaya berdepan Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil! pic.twitter.com/J9d6WkXoYK
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 27, 2022
“Apa sahaja keputusan kita terima. 4-0 kita terima. Saya tahu di mana kelemahan pemain kita. Saya tak berani serang Malaysia kerana mereka sudah beberapa kali sudah beraksi sedangkan Liga Brunei tiada.
“Saya terima apa sahaja yang dibuat pemain saya. Seperti yang saya katakan, lebih setahun disebabkan COVID-19 dan SOP [prosedur standard operasi] di Brunei, kami hanya dapat berlatih biasa sahaja. Tiada langsung perlawanan dan liga tidak berjalan. Jadi, kita hanya mampu berlatih sahaja [selama ini].”
Rosanan Samak, sidang media selepas aksi Malaysia-Brunei