Jawapan Dion Cools Ini Tunjukkan Sebab Malaysia Hanya ‘Berminat’ Berdepan Pasukan Ranking Ke-191 Dunia

Dion Cools Malaysia Brunei 2022 jawapan Semuanya BOLA

Ia baik untuk persediaan pasukan, mungkin itu bayangan kepada jawapan pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools mengenai aksi berdepan Brunei yang menyaksikan Malaysia berjaya menang selesa 4-0, malam tadi.

Ramai yang mempersoalkan kenapa Brunei yang menjadi pilihan pengendali, Kim Pan-gon selepas dua aksi persahabatan sebelum ini berdepan Filipina dan Singapura. Ini adalah aksi kedua mereka dalam tahun ini.

Sebelum ini mereka tewas 2-3 kepada Laos dalam aksi persahabatan pada Mac. Itu adalah aksi persabahatan pertama mereka selepas kali terakhir beraksi secara kompetitif pada 2019, sebelum COVID-19. Liga tempatan mereka juga sudah lama tertangguh akibat pelaksanaan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang amat ketat.

Dan Brunei juga berada di ranking ke-191 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Puas Hati Pemain Terima Baik Senjata Baharu” – Pan-gon Tak Sabar Uji Brunei Malam Ini

Adakah Malaysia mendapat faedah daripada perlawanan malam tadi? Brunei mengakui sebelum perlawanan yang mereka bakal mendapat faedah yang banyak kerana ia mampu memberikan mereka perlawanan yang lebih kompetitif berdepan negara yang berada jauh di atas ranking mereka – kedudukan ke-154 dunia.

Sebagaimana pendedahan Kim sebelum perlawanan, beliau ada senjata rahsia yang mahu diuji menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan. Walaupun tidak didedahkan pelan rahsianya, tetapi berdasarkan aksi, kita dapat melihat beberapa perubahan dilakukannya terhadap taktikal dan pemain.

Semuanya BOLA telah bertanyakan tentangnya dan ini jawapan pemain warisan negara, Dion Cools.

“Saya rasa anda dapat lihat hari ini kita mencuba sistem baharu, saya rasa ia sangat bagus. Mungkin juga disebabkan lawan yang lebih mudah. Ia ujian yang membantu kita mencuba sesuatu yang baharu.

“Pada saya, apa jua formasi saya tiada masalah mengenainya kerana saya boleh bermain di beberapa posisi. Bergantung kepada siapa lawan kita. Jadi, kita kena ada pelan A atau pelan B, walaupun ia sama. Ia sesuatu yang bagus kita dapat cuba sesuatu yang baharu dan berjaya melakukannya hari ini.”

Malaysia telah turun dengan perubahan formasi dan sedikit peranan kepada beberapa pemain. Jika sebelum ini Malaysia menggunakan peranan ‘half-back’ kepada pemain tengah bertahan yang digerakkan Syamer Kutty, kali ini, Syamer diberikan kebebasan maksimum untuk turun dan naik padang bagi membantu jentera serangan.

Tiada lagi peranan ‘half-back’, kali ini Kim telah meletakkan bek bertiga di bawah dengan gandingan Dion Cools, Junior Eldstal dan Khuzaimie Piee dicuba. Mereka dibantu oleh dua bek sayap, Syahmi Safari dan pemain yang diberikan debut malam tadi, V. Ruventhiran. Ketika bertahan, ia dilihat masih mengekalkan formasi bek berlima.

Itu adalah sebahagian perubahan yang dikesan dan mungkin ada lagi perubahan lain terhadap skuadnya.

Jadi, berdepan pasukan seperti Brunei adalah pilihan terbaik untuk terlebih dahulu menguji taktikal tersebut. Malaysia boleh bereksperimentasi dengan taktikal dan arahan taktikal untuk memberi pemain keselesaan disamping melihat kekurangan yang boleh diperbaiki jika taktikal ini digunakan di kelayakan Piala Asia nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN