“Saya sudah tahu,” jawab Kiatisuk Senamuang ringkas apabila ditanya wartawan Vietnam mengenai khabar angin beliu dikaitkan dengan jawatan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.
Legenda bola sepak Thailand itu menjadi salah seorang jurulatih dikaitkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.
Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya pada Isnin lalu atas rasa tanggungjawab terhadap kegagalan dan prestasi hambar pasukan negara di kejohanan Piala AFF 2020 yang berlangsung pada Disember lalu.
Media Terkenal Thailand Dedahkan Kiatisuk Senamuang Salah Seorang Calon Ketua Jurulatih Malaysiahttps://t.co/sjjcWbOZJM
— VOCKET FC (@vocketfc) January 5, 2022
Di kejohanan yang diadakan di Singapura itu, pasukan negara gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan B selepas dimalukan oleh Vietnam dengan jaringan 3-0 sebelum tumpas 4-1 kepada Indonesia untuk menutup terus ruang mara ke separuh akhir.
Selain Kiatisuk Senamuang, nama lain yang turut menjadi sebutan bakal menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu adalah Bojan Hodak, Benjamin Mora, Brad Maloney dan juga Lim Teong Kim.
Sekadar gelak
Buat masa ini Kiatisuk Senamuang atau lebih dikenali sebagai Zico merupakan ketua jurulatih kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) dalam saingan V.League.
Menyertai HAGL pada 20 November 2020 dengan kontrak selama 2 tahun, kontrak beliau bersama pasukan Liga Vietnam itu hanya akan tamat pada penghujung tahun ini.
Sedang sibuk menyiapkan pasukan HAGL untuk kejohanan jemputan di negara itu, Kiatisuk sempat ditanya oleh wartawan Vietnam mengenai khabar angin beliau akan ditawarkan jawatan Ketua Jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.
“Saya sudah tahu [mengenai khabar angin],” jawab beliau ringkas sambil ketawa. Kiatisuk juga seperti tidak berminat mengulas lanjut mengenai pertanyaan tersebut dan segera beredar untuk meneruskan latihan bersama pasukannya.
Walaupun maklum mengenai laporan media yang mengaitkan dirinya dengan pasukan kebangsaan Malaysia, tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengisi kekosongan tersebut.
Rekod Kiatisuk Senamuang
Bukanlah perkara yang menghairankan sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menanam minat untuk melamar Kiatisuk Senamuang sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu.
Jurulatih berusia 48 tahun itu pada hari ini juga bukan watak asing di dalam bola sepak Malaysia kerana pernah menyarung jersi Perlis sekitar 1998 sehingga 1999.
Kiatisuk dedicates AFF Suzuki Cup trophy to late kinghttps://t.co/91AojtrQcS pic.twitter.com/dtawxpeiSN
— FootballChannel Asia (@fcdotasia) December 18, 2016
Kiatisuk Senamuang juga memiliki rekod yang agak baik di pentas antarabangsa selaku Ketua Jurulatih Thailand sebelum ini.
Beliau mulai mengambil peranan sebagai ketua jurulatih kebangsaan Thailand selepas berjaya membawa skuad Thailand B-23 mara ke peringkat separuh akhir Sukan Asia 2014 di Korea Selatan.
Beliau kemudiannya membimbing skuad kebangsaan Thailand sehingga tahun 2017 dan sepanjang tempoh 3 tahun itu Kiatisuk Senamuang berjaya menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup 2014 dan 2016, selain membawa Thailand ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.