Richard Arnold Dipilih Menggantikan Ed Woodward Sebagai CEO Man United Bermula 1 Februari

Richard Arnold Ed Woodward Manchester United

Ed Woodward sah bakal meninggalkan posisinya selaku Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United pada 1 Februari ini dengan Richard Arnold, Pengarah Urusan Kumpulan akan menggantikannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab yang baharu.

Pengerusi Eksekutif United, Joel Glazer dalam ucapannya yang disiarkan oleh laman web rasmi kelab berterima kasih kepada Woodward di atas usaha kerasnya sepanjang 16 tahun bersama pasukan dengan sembilan tahun adalah selaku Naib Pengerusi Eksekutif.

“Kini kami tidak sabar untuk bersama Richard [Arnold] dan pasukan pimpinannya dalam membuka fasa baharu dalam evolusi kelab bersama cita-cita tingginya di Old Trafford,” ujar Glazer.

“Kami harap ia akan mengukuhkan lagi hubungan dengan penyokong dan terus memandu pasukan ini ke arah objektif paling penting iaitu menang di atas padang.”

Pada April tahun lalu Woodward telah pun mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya pada awal tahun 2022  ekoran kontroversi penyertaan United dalam penganjuran Liga Super Eropah (ESL).

‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United

Namun tarikh formal pemergiannya hanya diumumkan pada hari ini bagi mengakhiri tempoh sembilan tahun yang cukup mencabar buatnya selaku individu paling berkuasa dalam hal eksekutif pasukan.

Woodward menggantikan David Gill pada May 2013, iaitu pada era baharu selepas persaraan Sir Alex Ferguson dan ternyata ia bukanlah satu tugasan yang mudah apabila beliau sentiasa menjadi sasaran kritikan penyokong.

Malah beliau turut mengakui penyesalan terbesarnya adalah melihat Ferguson meninggalkan pasukan selepas 26 tahun dengan merekodkan 13 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masih gagal untuk dimenangi kembali sehingga hari ini.

Woodward turut menerima kesilapannya membuat keputusan dalam merekrut pemain dan pengurus. Beliau percaya Louis va Gaal yang dilantik pada 2014 telah diberikan terlalu banyak kebebasan untuk membeli pemain dan turut menjangkakan United pastinya lebih berjaya sekiranya mereka berjaya mendapatkan Pep Guardiola atau Jurgen Klopp.

Woodward turut bertanggungjawab terhadap pelantikan David Moyes selaku pengganti Ferguson, tetapi jurulatih warga Scotland itu hanya mampu bertahan untuk 34 aksi liga sahaja walaupun telah menandatangani kontrak selama enam tahun sebelum dipecat.

Beliau kemudian merekrut Van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer sebelum Ralf Rangnick kini dibawa masuk selaku pengurus interim yang menjadi pelantikan terakhir buatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN