“Saya Perlu Mohon Maaf” – Ahmad Faizal Akui Silap Menyalahkan Penyokong Harimau Malaya

Datuk Seri Ahmad Faizal Ahmad Azumu selaku Menteri Belia dan Sukan memohon kemaafam sekali lagi buat para penyokong Harimau Malaya setelah kata-katanya sebelum itu nyats mengguris hati banyak pihak.

Kenyataannya sebelum itu kepada media ialah apabila beliau menyalahkan para penyokong kerana sorakan mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil sewaktu itu telah menjadi sebagai antara punca kekalahan Harimau Malaya.

“saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua peminat. Saya juga seorang daripada peminat dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya kepada Bernama sebentar tadi.

Faizal mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan penyokong Harimau Malaya setelah skuad kebangsaan sebelum itu mengalami kekalahan di tangan Bahrain dalam aksi kedua peringkat Kumpulan E dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 dengan keputusan 1-2.

Menurut Faizal ketika itu lagi, faktor kekalahan skuad kendalian Kim Pan-gon terarah kepada para penyokong yang memberi sorakan dan menyebabkan para pemain negara kehilangan fokus untuk beraksi dengan lebih baik serta menyebabkan kekalahan berlaku.

Faizal juga telah memohon kemaafan di laman Twitternya sebelum itu setelah menyedari kata-katanya telah mengguris hati para penyokong kebangsaan yang hadir di stadium pada perlawanan tersebut.

“Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. (Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap2 bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya.”

Ketika ini, Malaysia sudah pun mempersiapkan diri untuk perlawanan terakhir skuad kebangsaan bertemu Bangladesh di SNBJ dan dijangka lebih ramai penyokong bakal hadir untuk memberi sorakan.

Menurut laman rasmi FAM, tiket setakat ini telah dijual sebanyak 40,075 keping dan dijangka bakal terus meningkat sebelum perlawanan bermula pada jam 9 malam ini.

Tambahan lagi, peluang untuk Malaysia melayakkan diri juga semakin luas apabila mereka hanya perlu seri sahaja bertemu Bangladesh setelah Filipina merekodkan kekalahan sebentar tadi di tangan Palestin dalam saingan Kumpulan B.

Semoga perlawanan malam ini berpihak kepada skuad kebangsaan!

Kredit foto: FAM

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN