Risaukan ‘Chant’ Sindiran Seperti Kepada Mantan Menteri KBS, Faizal Azumu Bersemuka Dengan Ultras Malaya?

Shabery Cheek Faizal Azumu Ultras Malaya

Tular gambar yang menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Ahmad Azumu bertemu secara bersemuka dengan Capo Ultras Malaya, Lekir pada sebelah petang tadi di perkarangan stadium.

Ia adalah demi memulihkan semula hubungan dengan para penyokong Harimau Malaya selepas kenyataannya yang telah mengguris hati – penyokong punca skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain, tempohari.

Beliau menggotakan janjikan untuk meminta maaf dan dengan melakukannya secara bersemuka, jelas ia tampak lebih ikhlas datang dari hatinya. Mungkin beliau risaukan kesannya ketika aksi berlangsung nanti.

Selepas kenyataannya kepada media, Ultras Malaya dilihat memberi respon terhadap kenyataan tersebut.

Menerusi Twitter mereka, Ultras Malaya dilihat seolah-olah mahu memberikan ‘hadiah’ istimewa kepadanya. Selalunya mungkin sama ada menerusi tifo ataupun ‘chant’ yang dicipta khas untuk sesetengah situasi.

Kau nak ‘chant’ special ke? Cakap laa awal-awal @PejaOfPerak. Takper, deme baca dulu 63,000 penyokong nilai kat ciapan bawah ya. Harap tak ‘hang’.”

Twitter UM’07

Seperti sebelum ini, sekitar tahun 2013, Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Dato’ Seri Shabery Cheek dilihat turun ke curva Ultras Malaya selepas insiden menggelarkan mereka sebagai pengacau bola sepak negara.

Ia dilihat untuk memulihkan semula perhubungan antaranya dengan Ultras Malaya yang berantakan. Ultras Malaya adalah tunjang kekuatan penyokong Harimau Malaya kerana mereka umpama ‘kepala’ para penyokong.

Ultras Malaya ketika itu turut telah mencipta sebuah ‘chant’ khas buat Menteri KBS itu bertajuk ‘Mat Buih’.

Begitupun, ia dilihat tidak sempat untuk mendaki carta ‘chant’ popular yang disorakkan oleh Ultras Malaya.

Faizal Azumu Menteri KBS Lekir Ultras Malaya
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu bersama capo Ultras Malaya, Lekir

Adakah Faizal Azumu risau beliau akan menjadi tajuk ‘chant’ baharu? Dengan populariti Ultras Malaya saat ini, tidak mustahil sorakan tersebut akan segera menjadi tular tidak sepertimana di era Shabery Cheek pada 2013.

Para penyokong kini boleh menarik nafas lega. Mereka ada ‘ketua’ untuk mewakili suara mereka. Jika sebelum ini, para penyokong mungkin mudah untuk dientengkan oleh ahli politik dan sebagainya, kini tidak lagi.

Langkah Faizal dengan pantas telah bertemu capo Ultras Malaya dilihat bagus untuk menjernihkan suasana yang memerlukan ‘suara’ dan aura positif penyokong di stadium ketika berdepan Bangladesh, sebentar lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN