Walaupun bakal berdepan tugas geti menentang jaguh Asia Tenggara iaitu Thailand dalam aksi pembukaan Sukan SEA peringkat kumpulan di Hanoi, Vietnam, jelas perkara tersebut tidak mematahkan semangat para pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan (B-23) terutama sekali Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.
Menurut Mukhairi, ketika ini beliau giat bersama rakan sepasukan lain menjalani latihan dalam membentuk kombinasi yang mantap selain tidak menghiraukan persiapan lawan diperkuatkan dengan pengendali Alexandre Polking.
Tambah pemain tengah itu lagi, perkara tersebut bukan suatu isu buat dirinya ketika ini dan Mukhairi percaya Brad Maloney pastinya mempunyai ramuan tersendiri bagi memerangkap lawan di Stadium Thien Truong di sini malam esok.
Ketua jurulatih Harimau Malaya B-23, Brad Maloney hadir sesi sidang media pra perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA 2021 di Hotel Nam Cuong, Nam Dinh hari ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/4xI3a28yvb pic.twitter.com/55UsiLL0uD
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 6, 2022
“Saya percaya kepada jurulatih (Maloney) sebab dia sudah tahu semua pemain di sini dan dia sudah tahu barisan pemain boleh ikut taktikalnya, dia juga mengumpulkan pemain yang faham dan boleh melaksanakan perancangannya.
“Bagi saya ini pun satu pendedahan untuk Skuad B-23, dan kita akan berikanlah apa yang kita ada, dan saya percaya kepada rakan sepasukan saya boleh buat untuk perlawanan itu (menentang Thailand),” kata pemain berusia 21 tahun itu ketika ditemui, di sini menerusi Bernama.
Nama Polking mula menjadi sebutan ramai setelah kejayaan pengendali tersebut membawa Thailand menjuarai Piala AFF musim lalu di Singapura setelah menggantikan khidmat pengendali terdahulu, Akira Nishino.
Alexandre 'Mano' Polking mengambil alih skuat Timnas U-23 yang diproyeksikan untuk SEA Games 2021.#bolaskorcom #thailand #seagames2021 https://t.co/cR8hMHCyPK
— bolaskor.com (@bolaskorcom) April 12, 2022
Dalam masa sama, Mukhairi juga menegaskan agar rakan sepasukan sentiasa fokus dalam latihan selain menggesa agar tidak terlalu memikirkan mengenai jurang prestasi pasukan lawan.
“Tahun lepas kita dah berlawan di Mongolia (Kelayakan Piala Asia B-23 2022), bagi saya kita tidak boleh nak tengok apa Thailand punya taktikal dan sebagainya, kita kena fokus pada pasukan dulu. Apa yang diarahkan jurulatih kita lakukan di padang,” katanya.
Pada tahun lalu, pertemuan kedua pasukan ini terikat seri di Mongolia dan secara langsung melayakkan anak buah Maloney meraih gelaran juara Kumpulan J untuk melayakkan diri secara automatik ke Uzbekistan, bulan depan.
📹 HIGHLIGHTS: @selangorfc 4-1 @kda_fc
Mukhairi Ajmal, Caion (2 gol) dan Nor Hakim Hassan mencatat nama sebagai penjaring Selangor, manakala Fayadh Zulkifli Amin menjaringkan gol saguhati Kedah Darul Aman.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/9F3ooKrMTH
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 10, 2022
Untuk saingan kali ini, mereka bakal berdepan Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja 16 Mei di venue sama selepas bertemu Thailand dalam memburu dua slot terbaik ke peringkat separuh akhir.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!