Chelsea Bakal Terima Durian Runtuh Andai Real Madrid Menjuarai Saingan UCL Musim Ini

Chelsea akan peroleh durian runtuh andai Real Madrid muncul sebagai juara saingan Champions League musim ini dengan menewaskan Liverpool di pentas perlawanan akhir.

Ketika aksi perlawanan akhir nanti, seandainya ada penyokong Chelsea yang akan menyarung jersi Real Madrid dan memberi sokongan padu kepada kelab dari saingan La Liga itu, mereka sebenarnya boleh dimaafkan.

Hal ini kerana Chelsea sebenarnya akan memperoleh durian runtuh seandainya Real Madrid berjaya menjuarai saingan Champions League musim ini.

Penyokong Chelsea juga mungkin akan memaafkan serta melupakan bagaimana skuad mereka disingkirkan oleh Real Madrid di pusingan 16 terbaik sebelum ini.

The Blues akan menerima hasil yang lumayan seandainya Real Madrid muncul juara kerana ia sudah terkandung dalam kontrak perjanjian Eden Hazard bersama Los Blancos pada tahun 2019 yang lalu.

Hazard merupakan nadi penting skuad Real Madrid ketika kariernya di Stamford Bridge dan para peminat jelas sekali masih menyayangi beliau sehingga ke hari ini.

Bintang Belgium itu walau bagaimanapun berdepan kesukaran sepanjang kariernya di Sepanyol dengan beliau gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Bekas bintang Chelsea itu hanya membuat beberapa penampilan sahaja musim ini dan beliau ketika ini terpaksa diketepikan kerana baru sahaja melakukan pembedahan ankle.

Hazard bahkan sudah tidak membuat sebarang penampilan untuk skuad Real Madrid sejak dari Februari lalu lagi.

Beliau walau bagaimanapun masih tetap sempat membuat tiga penampilan dalam saingan Champions League musim ini dan berhak untuk dikalungkan pingat andai Los Blancos berjaya menewaskan Liverpool di pentas perlawanan akhir nanti.

Hal itu juga secara tak langsung membantu Chelsea untuk mendapatkan bonus tambahan dari Real Madrid kerana ia sudah tertulis dalam kontrak Hazard ke Santiago Bernabeu.

Berapa nilai sebenar yang Real Madrid perlu bayar kepada Chelsea masih tidak dapat dipastikan, namun satu hal yang pasti The Blues sudah berjaya mendapatkan ganjaran dari Los Blancos atas kejayaan mereka menjuarai gelaran liga musim ini.

Menurut sumber laporan dari media UK, Chelsea sebenarnya menerima bayaran bernilai £88.5 juta hingga £130 juta (maksimum) dari Real Madrid untuk penjualan Hazard secara keseluruhannya.

Walaupun The Blues pada ketika ini sedang berdepan hukuman penggantungan ekoran dari pembekuan asset Roman Abramovich oleh kerajaan UK, namun nilai tersebut masih akan tetap diterima oleh mereka.

Abramovich dijangka akan menjual kelab menjelang musim panas ini dan ia bermaksud Real Madrid boleh terus membuat pembayaran kepada Chelsea menerusi akaun rasmi kelab yang ketika ini masih lagi dibekukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN