Insiden gelap yang mencemari suasana kemeriahan bola sepak di Indonesia pada Sabtu lalu jelas menyebabkan ramai pemerhati bola sepak seluruh dunia berasa sedih kerana ia telah menyebabkan ramai nyawa terkorban.
Tragedi rusuhan yang berlaku secara besar-besaran selepas aksi Liga 1 Indonesia melibatkan Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Malang itu bukan sahaja menyebabkan layangan nyawa berlaku, malah ratusan orang awam lain turut tercedera.
🥀🥀🥀 pic.twitter.com/j2m9wqv0kO
— Arema FC (@AremafcOfficial) October 2, 2022
Gilang Widya Pramana selaku Presiden Arema FC telah memohon kemaafan kepada seluruh penyokong yang terlibat atas segala rusuhan yang berlaku ini.
Gilang jelas merasa sangat sedih dengan tragedi ini apabila ia telah membabitkan banyak nyawa yang melayang di stadium tersebut selain kerosakan harta benda turut berlaku.
“Sebagai Presiden Arema FC, saya ingin meminta maaf kepada seluruh penyokong yang terbabit dengan insiden berkenaan.
“Saya sangat prihatin dengan apa yang sedang berlaku ketika ini dan mengutuk sekeras-kerasnya rusuhan yang dibuat tersebut sehingga menyebabkan ratusan nyawa melayang.
“Melihat situasi yang berlaku ini menyebabkan hati saya juga menjadi sangat sedih selepas melihat para penyokong yang menjadi korban nyawa dan semoga keluarga mangsa terlibat tabah menghadapi dugaan ini,” jelas beliau menerusi CNN Indonesia.
Pada masa sama, tindakan lebih lanjut sedang giat dilakukan oleh Gilang bersama pihak pengurusan Arema FC untuk membantu pihak berkuasa menangani isu berkenaan.
Mereka juga sudah pun berhubung dengan pusat kesihatan terdekat yang merawat mangsa korban tersebut selain membantu untuk meringankan beban keluarga terlibat.
Presiden Arema FC: Saya Meminta Maaf https://t.co/08sqsDOzyj
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 2, 2022
“Ketika ini pihak pengurusan Arema FC sedang giat untuk membantu petugas kesihatan terdekat dengan terus menghubungi mereka yang menguruskan mangsa tragedi berkenaan.
“Kami juga meminta kepada para petugas tersebut agar memberikan khidmat terbaik kepada mangsa terlibat dalam merawat luka-luka mereka selain akan menanggung semua kos perubatan tersebut,” tambah Gilang.
Seterusnya, Gilang juga menyokong penuh atas siasatan yang kini sedang dibuat oleh pihak polis mengenai insiden tersebut.
https://twitter.com/memorysongs2022/status/1576552033930588161?s=21&t=ZYHmYnXUGXJFRV2_lveveA
“Kami juga menyokong segala usaha yang kini dilakukan oleh pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai tragedi itu.
“Kami juga memohon semua agar terus bersabar sehingga pihak polis berjaya mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut sebelum tindakan lanjut dibuat,” terang presiden Arema FC tersebut.