Ferdinand Marah Ten Hag Biarkan Ronaldo & Casemiro ‘Mereput’ Di Bangku Simpanan

Rio Ferdinand

Bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand menyelar tindakan pengurus kelab itu, Erik ten Hag kerana tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dan Casemiro dalam perlawanan menentang Manchester City.

Dalam aksi di Etihad, United tumbang 6-3 kepada City dengan Erling Haaland serta Phil Foden kedua-duanya mencatatkan hatrik.

Casemiro bagaimana pun diturunkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua dengan Ronaldo memang disimpan sehingga tamat perlawanan.

Bagi Ferdinand, ianya adalah satu tindakan yang tidak menghormati dua pemain yang cukup hebat itu kerana Ten Hag tidak menurunkan mereka dalam aksi menentang lawan terbaik di Premier League.

Pada Ferdinand, pastinya Casemiro terasa hati kerana tidak diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang City semalam.

“Beliau adalah pemain tengah bertahan yang kalau bukan antara yang terbaik, adalah yang terbaik di dunia sebelum tiba ke Manchester United.

“Benar beliau adalah pemain berpengalaman dan sebagainya, tetapi beliau pastinya duduk di sana dan terfikir, ‘wah saya gembira berada di Manchester United, tapi saya rasa macam tak dihormati pula, melihat kepada apa yang saya telah lakukan’.

“Saya akan terkejut jika Casemiro tidak berasa sedemikian,” kata Ferdinand.

Ten Hag semalam lebih memilih untuk menurunkan Scott McTominay dan Christian Eriksen untuk melengkapkan bahagian tengah bersama-sama Bruno Fernandes.

Namun begitu, mereka ternyata tidak mampu mengekang kecemerlangan yang dipamerkan oleh para pemain City dalam mengawal permainan.

Semalam, Ten Hag turut menjadi subjek kepada mengapakah Ronaldo tidak diturunkan dalam aksi semalam.

Ten Hag menjawab yang beliau tidak mahu mencalarkan reputasi Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia dengan meletakkan kapten Portugal itu dalam lembah kemaluan.

Pada beliau, tidak perlulah memasukan pemain itu ketika pasukannya sudah pun tumbang dengan jaringan 4-0 di separuh masa pertama.

Demi Jaga Maruah, Ten Hag Sanggup Tak Turunkan Ronaldo Walaupun Dibelasah City

Selepas ini, United akan bertemu Omonia dalam aksi UEFA Europa Conference League dan kemudiannya menentang Everton di tempat lawan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN