Perak buat pertama kali akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama mereka musim ini dalam saingan Liga Super 2023, setelah kejutan dilakar pasukan tersebut untuk mengatasi pelawat iaitu Kuching City.
Menerusi kemenangan 2-0, Perak berjaya memberikan rasa gembira buat para penyokong setia mereka di laman sendiri menerusi dua jaringan yang diledak oleh penyerang import mereka iaitu Seo Seonung.
Tamat Perlawanan Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Liga Super Perak FC VS Kuching City FC | Ahad, 12 Mac 2023
PERAK FC 2 – 0 KUCHING CITY FC
⚽️ SEO SEONUNG 41”, 58”
Antara aksi babak kedua di Stadium Perak, Ipoh
🤍💛🖤#PerakFC #ONEXOX #XOXMALAYSIA #RiseAsOne pic.twitter.com/sVYZXhYvrl
— Perak Football Club (@perakfcofficial) March 12, 2023
Walaupun pelawat dilihat sedikit berkelebihan menerusi barisan import yang sudah pun menyerlah serta mempunyai beberapa pemain berpengalaman, jelas Perak tampil dengan corak permainan lebih baik berbanding lawan.
Pengendali Perak iaitu Datuk Lim Teong Kim menjadi individu paling gembira ketika ini, selepas usahanya memacu pasukan mula membuahkan hasil menerusi kemenangan tersebut.
Menurut Lim, tiada apa yang berbeza sangat pada aksi itu berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini selain posisi serangan dilihat tampil lebih berkeyakinan.
“Setiap perlawanan kita main begitu juga, cuma kali ini kita ada peluang dan menggunakannya untuk menjaringkan gol.
“Lain-lain perlawanan pun kita ada peluang jaringkan gol, cuma hari ini (semalam) kualiti penyudah tu bagus kerana hari dan masa tepat untuk mendapatkan gol,” jelas beliau.
Ketika ditanya tentang keadaan Sunday Afolabi yang terpaksa dikeluarkan lebih awal, Lim mengakui corak permainan pasukan jelas agak terganggu sedikit sepanjang perlawanan.
Malah, Lim juga langsung tidak rasa terkesan dengan ketumpulan dipamerkan oleh penyerang import Perak musim ini iaitu Christian Obiozor.
Ini kerana, penyerang tersebut dianggap sudah menjalankan tugas dengan baik buat Perak ketika situasi serangan dan bertahan yang jelas cukup memuaskan hati pengendali berkenaan.
“Ganggu tak ganggu kamu boleh lihat sendiri. Ianya agak mengganggu sedikit tapi tak banyak, kerana pemain gantian beliau pun berjaya menjalankan tugas dengan sangat bagus.
“Boleh kata saya sangat berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pemain gantian itu, jadi tak ada sebarang masalah.
“Tentang Obiozor pula tidak mengapa, jika dia tak skor pun tidak apa, kerana bola sepak bukan kami skor bagus, tak skor tak bagus. Ini kerana usaha dipamerkan beliau bagi saya sudah cukup.
“Dia berusaha dalam perlawanan, semasa bertahan atau menyerang bagi saya sudah cukup. Mungkin lain perlawanan dia boleh dapatkan jaringan, apa lebih penting ialah usaha.
Perak FC telah menandatangani penyerang Nigeria, Christian Obiozor untuk menambah kekuatan serangan di barisan hadapan pasukan The Bos Gaurus.
⚪🟡⚫#PerakFC#XOXMalaysia#ONEXOX#RiseAsOne pic.twitter.com/VKfoOvblAc
— Perak Football Club (@perakfcofficial) January 3, 2023
“Kerana sebagai jurulatih sesuatu yang penting buat saya ialah usaha dipamerkan oleh para pemain di atas padang,” tambah Lim lagi.
Akhir sekali, Lim juga menyeru buat semua penyokong Perak agar mampu memenuhi stadium untuk memberi galakkan moral kepada pasukan supaya mampu tampil lebih baik bagi perlawanan seterusnya.