“Saya Jawab Jumaat Ini” – Hamidin Nafi ‘Bersembunyi’ Sejak Malaysia Diaibkan Di Piala AFF 2020

Hamidin FAM

Usaha pihak media untuk mendapatkan respon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai segala persoalan dan kontroversi yang melanda skuad Harimau Malaysia nampaknya tidak berhasil.

Hamidin yang ditemubual ketika sidang media selepas majlis pecah tanah ibu pejabat baharu FAM di Presint 5 pada hari ini enggan menjawab sebarang persoalan yang tidak berkaitan dengan majlis yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun beliau menegaskan semua perkara tersebut akan dirungkai pada Jumaat iaitu dalam sidang media Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025.

“Saya tak nak jawab hari ini, saya akan jawab pada Jumaat. Saya mahu berita mengenai perkara ini dilaporkan,” ujar Hamidin.

“Saya tak larikan diri, saya ada urusan keluarga di luar dan semalam baru potong gelang kuarantin. Saya bersedia untuk menjawab pada Jumaat, namun hari ini tolong lah fokus kepada majlis pecah tanah.”

Kritikan terhadap Hamidin memuncak setelah beliau tidak muncul menjawab atau memberi penjelasan terhadap prestasi buruk skuad negara yang didakwa berpunca dari kelemahan pengurusan pasukan.

18 Hari Selepas Malaysia Diaibkan Di Piala AFF 2020, Presiden FAM Tidak Seharusnya ‘Menghilangkan Diri’

Hanya selepas tiga minggu dari tarikh Malaysia ‘bungkus’ di Singapura, barulah FAM mengeluarkan kenyataan Badan Siasatan Bebas ditubuhkan dan Malaysia pula tidak memanfaatkan kalendar antarabangsa pada hujung bulan ini.

Ia menjurus kepada desakan untuk pimpinan badan induk bola sepak negara itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun kebanyakan ahli gabungan dan beberapa pihak mempertahankan kedudukan Hamidin dan berpendapat tiada individu lain di negara ini yang lebih layak untuk berada di kedudukan tersebut.

‘Diiktiraf Antarabangsa’ – Bung Mokhtar Pertahan Kredibiliti Hamidin Selaku Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN