“Saya Boleh Tegas, Tapi Biar Kemudian” – Kim Pan Gon Anggap Isu Rizal Ghazali Agak Sensitif

Kim Pan-gon selaku pengendali baharu skuad Harimau Malaya enggan terlalu memikirkan isu yang dilakukan oleh Rizal Ghazali mengenai penolakan pemain tersebut menyertai kem negara.

Jelas Pan Gon, beliau sendiri perlu lebih memahami atas alasan apa pemain tersebut menolak pelawaan skuad kebangsaan sebelum menilai sepenuhnya untuk diambil tindakan susulan.

Setakat ini, pengendali dari Korea Selatan itu masih tidak mengetahui alasan jelas yang diberikan Rizal dan beliau enggan mengambil tindakan terburu-buru atau terlalu tegas dalam mengambil keputusan.

Selain itu, Pan Gon yang juga pernah melatih skuad kebangsaan Hong Kong itu juga mengakui masih perlukan masa untuk lebih mengenali sistem bola sepak negara sambil belajar mengenai budaya setempat kerana beliau akan berada lama untuk berkhidmat di Malaysia.

“Perkara ini agak sensitif tetapi saya cuba untuk memahaminya terlebih dahulu kerana saya masih baharu di sini. Saya tidak tahu latar belakang mereka (pemain), jadi kami perlu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya boleh bertindak tegas tetapi perkara itu biarlah dilakukan kemudian. Setiap pemain amat penting dan saya perlu mengetahui sebabnya (menolak panggilan skuad kebangsaan) terlebih dahulu.

“Banyak perkara yang saya perlu belajar di sini termasuk budaya tempatan. Saya pun tidak mahu terlalu fokus kepada perkara ini sebaliknya fokus kepada apa yang perlu kami lakukan untuk membentuk pasukan,” katanya menerusi Berita Harian.

Sebelum itu, laporan media ada mengatakan Rizal Ghazali bakal diambil tindakan yang berat seperti digantung perlawana dan hukuman denda sekiranya tidak mempunyai alasan yang kukuh kerana menolak pelawaan kem kebangsaan.

Menurut Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pihaknya tidak dapat mengambil sebarang tindakan lagi ketika ini buat pemain kelahiran Baling Kedah itu kerana setakat ini kem kebangsaan berlangsung di luar tarikh aksi ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Tambah beliau, sekiranya Rizal masih gagal untuk melapor diri pada 21 Mac ini, maka tindakan boleh diambil buat pemain pertahanan kental Sabah itu setelah pihaknya membawa isu berkenaan kepada Jawatankuasa Tatatertib kerana mereka yang akan menentukan bentuk tindakan yang perlu.

Ulas Saifuddin, sepatutnya Rizal perlu memberi surat tunjuk sebab beserta dengan alasan yang kukuh untuk menerangkan situasi beliau yang tidak melapor diri bagi mengelakkan sebaran isu berlaku.

Pada masa ini, skuad kebangsaan sedang menjalani kem latihan pusat di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum berlepas ke Singapura bagi mengharungi tiga siri perlawanan persahabatan di mana dua aksi daripadanya merupakan perlawanan Tier 1 menentang Singapura dan Filipina.

Satu lagi perlawanan membabitkan aksi skuad kebangsaan menentang kelab dari Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac ini.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN