“Tak Payah Jadi ‘Rocket Scientist'” – TMJ Lawat Sendiri SNBJ Jumaat Ini

Antara perkara lain yang turut mencuri perhatian dan ditanya wartawan dalam sidang media sempena pelancaran lagu rasmi JDT, ‘Pioneer’ pada hari ini adalah mengenai padang rumput Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum ini TMJ pernah berhasrat untuk menaja rumput baharu di SNBJ untuk kegunaan pasukan kebangsaan menghadapi perlawanan antarabangsa.

Perkara itu menjadi isu apabila pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata jenis rumput untuk SNBJ belum ditentukan kerana masih menunggu kajian saintifik daripada sebuah universiti tempatan untuk jenis rumput yang sesuai.

Sebelum ini laporan daripada Bernama menggariskan kenyataan dari satu sumber ‘daripada pihak berkenaan’ mengenai status padang rumput stadium yang mula digunakan sejak 1998 itu.

“Badan Lembaga PSM akan membuat keputusan mengenai jenis rumput paling sesuai berdasarkan kepada bukti saintifik didapati daripada pakar runding. PSM dan KBS tidak mahu membuat keputusan terburu-buru, tetapi berdasarkan kepada laporan saintifik bagi mengelakkan berlakunya isu berkaitan rumput di stadium tersebut.

“Terdapat pandangan berbeza berkaitan ‘Cow Grass’, ada yang suka dan ada yang tidak. Kami juga perlu melihat kepada pelbagai aspek, termasuklah tujuan penggunaan stadium, jika ia terhad kepada bola sepak, ia akan memberi kesan kepada pendapatan PSM.”

Kenyataan tersebut menimbulkan tanda tanya ramai, mengapakah ujikaji dan kajian diperlukan walaupun padang rumput sebelum ini telah menggunakan pelbagai jenis rumput termasuk Cow Grass yang digunakan pada hari ini.

Tak Payah Jadi ‘Rocket Scientist’

Mengenai hasrat Baginda untuk menaja padang rumput di SNBJ, TMJ mengesahkan akan melawat sendiri SNBJ pada 19 Mac (Jumaat) akan datang.

“Saya pergi lusa untuk tengok padang [SNBJ],” ujar TMJ mengesahkan lawatannya itu.

“Padang ini [Stadium Sultan Ibrahim] telah terbukti. Ia berkesan. Jadi tak payahlah jadi ‘rocket scientist’ nak buat awak punya kajian sendiri. Ia berkesan. Apa yang susah sangat. Orang nak bagi free [percuma], terima sahajalah,” ujar TMJ.

Bagi TMJ, pihaknya telah memberi solusi terbaik untuk masalah kualiti padang rumput SNBJ yang tidak pernah selesai sejak lebih dua dekad lalu.

TMJ turut mendedahkan kos penukaran rumput adalah sekitar RM900,000 sehingga RM1.4 juta termasuk sistem perparitan. Berdasarkan pengalaman, TMJ turut menyifatkan kos menukar padang rumput tersebut tidak akan mencecah RM7 juta atau RM10 juta seperti diumumkan beberapa pihak sebelum ini.

“Saya tahu ramai orang tidak gembira kerana mendedahkan jumlah ini,” tambah TMJ lagi.

Selain itu TMJ juga berkata kos penyelenggaraan padang rumput yang baru jenis Zoysia hanya sekitar RM200,000 setahun. Hasrat Baginda itu bermakna kerajaan boleh menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 10 juta.

Menurut TMJ, pihak beliau dan kontraktor yang dilantik telah bersedia untuk melakukan kerja penukaran sekiranya lampu hijau diberikan oleh pihak kerajaan nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN