Saat segelintir penyokong Harimau Malaya berasa kecewa dengan tewasnya skuad negara 1-2 kepada Singapura, malam tadi, pengendalinya, Kim Pan-gon pula masih ‘steady’ dan berkata ini bukan pengakhirannya.
Tidak keterlaluan untuk katakan yang Singapura hanya membiarkan skuad negara berhempas pulas memburu gol, namun pada akhirnya mereka hanya menghantar penyerang sensasi, Ikhsan Fandi untuk meleraikannya.
Ikhsan Fandi terlebih dahulu meledak gol pada minit ke-30 hasil counter-attack yang menyaksikan Song Ui-yong membuat hantaran di depan gawang Harimau Malaya untuk disambutnya selepas Farizal Marlias tertewas.
GOL! Ikhsan Fandi 76'
Singapura 2 – 1 Malaysia#SGPMAS pic.twitter.com/VW5axIycSU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 26, 2022
Sekali lagi pada minit ke-76, hasil daripada counter-attack pantas, Ikhsan Fandi berjaya meloloskan diri daripada kawalan tiga pemain skuad negara untuk meledak jaringan menarik menewaskan Farizal Marlias kali kedua.
Walaupun menguasai perlawanan dan juga deretan percubaan ke gawang lawan, kegagalan skuad negara memanfaatkan setiap peluang jelas mengundang rasa kecewa rata-rata penyokong terutama sepakan penalti Safawi Rasid yang hanya singgah di palang gol tuan rumah yang dikawal oleh Hassan Sunny pada minit ke-47.
Gol saguhati Harimau Malaya diledak pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi pada minit ke-57 – gol sulungnya.
GOL! Liridon Krasniqi 57'
Singapura 1 – 1 Malaysia#SGPMAS pic.twitter.com/szf9MU3uXu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 26, 2022
Apa yang dapat dilihat, permainan ketika berdepan Filipina ‘lenyap’. Tiada lagi kombinasi-kombinasi permainan menarik mampu dihidangkan barisan skuad negara. Ada momen-momen menarik dan Malaysia menguasai perlawanan, namun kekerapan hilang penguasaan bola sangat tinggi hasil kelonggaran kombinasi pemain.
Keseluruhannya, jelas Malaysia menguasai permainan walaupun kerap hilang ‘signal’ di antara mereka. Malaysia tetap menyerang kubu lawan bertali arus, tetapi tiada hasil – kredit kepada keampuhan benteng lawan yang menggunakan gandingan tiga bek tengah yang ampuh, Hariss Harun, Safuwan Baharudin dan Irfan Fandi.
Anak buah Kim Pan-gon mampu meledak beberapa gol, namun keberkesanan sentuhan akhir jadi pemisah.
3 kali permohonan maaf dr KPG dlm sidang media sebaik tamat aksi persahabatan Spore-Mas di Stadium Nasional Singapura, berulangkali juga dia beri keyakinan, skuad bola sepak negara akn sampai ke sasaran yang di harapkan seluruh penyokong dan pemerhati negara.@ASTROARENA
— FinaNasrom (@fnasrom) March 26, 2022
Menurut wartawan Astro Arena sebelum ini, Kim Pan-gon telah meminta maaf, bukan sekali, tetapi tiga kali.
Namun, menurutnya, keputusan perlawanan ini bukanlah pengakhiran kerana banyak yang positif dilihatnya.
“Maaf atas keputusan ini tetapi ini bukanlah pengakhirannya. Saya boleh seri dengan Singapura 100 kali, jadi kita tidak perlu takut untuk menyerang. Kita cuba jadikan identiti bola sepak Malaysia yang lebih positif, agresif, dinamik dan proaktif. Ini yang kita mahu tunjukkan kepada penyokong.
“Tiada rungutan daripada pemain-pemain kerana saya menikmati 10 hari yang hebat bersama mereka. Kita perlu bertenang seketika dan kita akan cari apa kesilapan yang dilakukan untuk diperbetulkan.”
Kim Pan-gon dalam sidang media sejurus perlawanan
Jelas, Kim Pan-gon masih ‘steady’ walaupun tewas kerana beliau masih dalam proses mengenali pemainnya.