Mengakui memiliki perancangan taktikal lain untuk berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah satu yang mengundang persoalan, apa lagi yang Nafuzi Zain simpan dalam koceknya untuk aksi kedua nanti?
Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain meminta para pemainnya mengawal emosi dan juga mencari peluang meledak gol ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2021.
Dalam pertembungan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Isnin, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 dan pertembungan kedua ini dijangkakan akan menghadirkan lebih ‘sensasi’ lagi.
Aksi di Kuala Terengganu telah berlangsung panas sehingga menimbulkan sensasi serta kontroversi dari segi kekasaran di kalangan pemain dan juga pengadilan perlawanan. Bagaimana pula aksi di Iskandar Puteri nanti?
3 Kejadian Yang Ketara Membuktikan Pengadil Ini Terlalu ‘Bacul’ Untuk Hukum Pemain JDThttps://t.co/Y5fhi0PpDB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 23, 2021
Mampukah Terengganu menafikan peluang JDT untuk mara ke pentas final kejohanan buat kali ke-4 dalam sejarah pasukan mereka? Dengan perlawanan yang mungkin ‘bersuhu’ panas nanti, apa sahaja boleh berlaku.
“[Saya] menuntut pemain bijak menghidu peluang dan tidak beremosi ketika bermain,” ungkapnya yang dipetik daripada Harian Metro. Nafuzi Zain turut berharap perlawanan mampu ditamatkan dalam masa sebenar.
“Kita sudah ingatkan pemain sentiasa bersedia dengan tambahan masa dan sepakan penalti kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi lebih-lebih lagi peluang buat kami masih terbuka luas untuk mara ke pentas final.
“Namun jika boleh saya nak habiskan perlawanan pada masa sebenar 90 minit bagi mengulangi pencapaian 2018 juga menundukkan skuad itu dengan agregat 3-2 pada aksi separuh akhir Piala Malaysia,” ujarnya lagi.
Dalam edisi 2018, dua gol Kipre Tchetche di Larkin – ‘rumah’ lama JDT, membantu Terengganu mengikat JDT dengan keputusan 2-2 seterusnya mara ke pentas final Piala Malaysia, sebelum mereka dikecewakan Perak.
Piala Malaysia 2018: Irfan Bakti Lega Petua Mujarabnya Bawa Terengganu FC Ke Final – https://t.co/RapIVffUnN pic.twitter.com/9vdf9FgTR6
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 21, 2018
Aksi sebelum itu di Kuala Terengganu, Sang Penyu berjaya menundukkan Harimau Selatan dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan Abdul Malik Mat Ariff. Itu kelebihan terbesar yang mereka bawa selain jaringan Kipre Tchetche di gelanggang lawan selepas itu yang memberi kelebihan buat Terengganu untuk mara ke final.
Ditanyakan tentang persiapan pasukannya, pengendali berusia 43 tahun itu berkata beliau ada perancangan tersendiri. Dengan kemungkinan beberapa tonggak utamanya dirantai, beliau perlu fikirkan sesuatu yang lain.
“Saya sudah jangkakan [Jordan] Mintah dan pemain lain bakal dikawal rapi pertahanan lawan, situasi itu normal berlaku. Tapi saya ada taktikal untuk berdepan pasukan itu [JDT],” jelas Nafuzi Zain yang turut melihat yang mungkin Faiz Nasir dan Faisal Halim yang turut akan ‘ditutup’ sepenuhnya pergerakan mereka di sana nanti.
“Kita sudah ingatkan pemain sentiasa bersedia dengan tambahan masa dan sepakan penalti kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi lebih-lebih lagi peluang buat kami masih terbuka luas untuk mara,” ujarnya lagi.
Apa lagi yang ada di koceknya untuk dipersembahkan di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat malam?