Savvidis Mohon Maaf, Tetapi Peguam Ini Bayangkan Satu Greece Terpaksa Tanggung ‘Dosa’ Beliau

Semalam pemilk PAOK Salonika, Ivan Savvidis sudah membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi laman rasmi PAOK. Beliau kesal dengan tindakan luar kawalan beliau yang mengeluarkan pistol dan mengugut untuk membunuh pengadil.

Dalam laman terebut, Savvidis berkata:

“Saya mahu meminta maaf kepada semua penyokong PAOK, Greece dan semua komuniti bola sepak. Saya sangat menyesal atas apa yang sudah berlaku di atas padang. Saya tidak ada hak untuk masuk ke dalam padang.”

“Saya terbawa-bawa dengan emosi kerana beberapa suapan berita negatif daripada bola sepak Greece sejak kebelakangang ini. Tetapi saya tetap tegaskan tindakan saya adalah tidak boleh diterima, tidak ada semangat kesukanan ketika babak akhir perlawanan PAOK-AEK.”

Savvidis menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyerang sesiapa walaupun ada mengeluarkan ayat ugutan. Beliau tidak terfikir langsung tentang pistol yang ada di lilitan pinggangnya. Savvidis cuma masuk untuk bertelagah dengan pengadil secara verbal.

“Saya mahu jelaskan yang saya tidak berniat untuk mengancam nyawa sesiapa. Saya hanya tertekan.”

Beliau memberitahu, ianya emosi yang meledak selepas terlalu banyak perkara yang mengganggu mereka sejak kebelakangan ini.

“Malang sekali kerana saya dan keluarga, rakan saya telah menjadi tebusan kepada bola sepak negara ini yang sakit.”

Nasib PAOK dan Greece

Kesatuan kelab bola sepak Eropah (ECA) dan Liga Super Greece mengutuk tindakan provokasi Savvidis. Di luar padang 2 penyokong dimasukkan ke hospital kerana pergaduhan selepas insiden Savvidis. 14 ditahan untuk membantu siasatan.

Liga Greece telah digantung sementara. ECA dalam kenyataan mereka:

“ECA ini wujud untuk melindungi intergriti dan undang-undang dalam pertandingan bola sepak. Ini termasuk menjaga semangat kesukanan dan prinsip yang telah menjadi tunjang kepada bola sepak di Eropah.”

Kini kes tersebut sedang dibincangkan di organisasi tertinggi bola sepak dunia iaitu FIFA. Ini selepas beberapa siri keganasan dalam bola sepak termasuk kes pemilik PAOK yang membawa pistol ke dalam padang.

Peguam Sukan terkemuka, Herbert Huebel berpendapat, bola sepak Greece bakal menerima tindakan berat daripada FIFA selepas beberapa insiden yang tak boleh dimaafkan.

Huebel sudah berjumpa dengan kerajaan Greece dan liga badan pengurusan Liga Super Greece selepas insiden di Thessaloniki.

Badan bola sepak Greece sudah melancarkan siasatan mendalam ke atas kes Savvidis. PAOK bakal berhadapan dengan tindakan berat dengan hukuman maksimum termasuk pemotongan mata, disingkirkan daripada liga utama serta gantung 5 tahun untuk Savvidis.

“Kita semua suka bola sepak tetapi ada beberapa orang yang membuatkan kita takut datang ke stadium. Bagaimana anda mahu membawa anak anda ke stadium jika ada orang bawa senjata ke stadium?”

“Sudah pastinya setiap orang nak menang. Tetapi bukan menang dengan keganasan, ugutan dan juga jenayah.”

Presiden Persatuan Bola Sepak Greece, Evangelos Grammenos memberitahu media bahawa satu deklarasi akan dikeluarkan pada 23 Mac ini hasil daripada nasihat kerajaan.

Huebel memberitahu yang beliau dalam proses menfailkan laporan rasmi kepada FIFA. Banyak perkara yang beliau tengah kumpul dan mengambil 10 hari untuk melakukannya.

“Laporan kali ini akan menjadi serius. Kita tak tahu apa tindakan FIFA. Tetapi kita semua tahu FIFA dan UEFA boleh bertindak dengan sangat tegas.”

“Kerajaan Greece sudah menyatakan mereka mengalu-alukan campur tangan FIFA dalam bola sepak Greece yang semakin ganas.”

Jangan berikan ruang kepada keganasan di dalam bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN