N’zonzi Terkejut Dengan Pendekatan Man. United Yang Kurang ‘Pressing’

Bintang tengah Sevilla, Steven N’zonzi mendapat banyak pujian dalam aksi yang menyaksikan mereka menyingkirkan Manchester United di hadapan penyokong Red Devils.

Sevilla mendominasi perlawanan pertama di tempat sendiri. Dan mereka menjangkakan pasukan bimbingan Mourinho akan menekan dan menyerang mereka secara intensif di Old Trafford.

Jurulatih mereka sudah menyediakan pelan taktikal yang lebih defensif untuk menyerap asakan United. Tetapi ia tidak berlaku apabila skuad Jose Mourinho bermain dengan defensif serta banyak melakukan hantarang tinggi kepada ‘target man’ mereka.

Sehinggakan pada satu ketika, penyokong-penyokong di dalam stadium menjerit: ‘Attack, Attack, Attack!’.

N’zonzi berkata:

“Rasanya, kami bermain cantik di tempat sendiri, tetapi gagal menjaringkan sebarang gol. Pada hari itu kami tahu, kami dalam kesukaran untuk perlawanan kedua di sini.”

“Namun, akhirnya terbukti, dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku. Saya sendiri menjangkakan mereka akan melakukan lebih sedikit ‘pressing’ kepada kami.”

“Tetapi, pada awal 20 minit, kita semua menyaksikan kami boleh menyimpan banyak bola di kaki kami. Itu yang membolehkan kami bermain bola sepak berasaskan penguasaan bola seperti yang kami gemari. Dan kami hanya meneruskannya sehingga minit akhir.”

N’zonzi enggan terlalu terbawa-bawa dengan kemenangan ini. Beliau berkata, itu hanyalah 2 perlawanan dan masih ada banyak lagi perlawanan untuk diharungi selepas ini.

“Hanya 2 perlawanan, anda boleh menang dengan sesiapa sahaja untuk perlawanan. Kami tahu ianya sukar. Sentiasa sukar berhadapan dengan pasukan besar. Dan kami juga buktikan, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN