Saul Mahukan ‘Duit Lebih’ Di Atletico, Tolak Kemungkinan Sertai Barcelona

Saul Niguez menjawab soalan wartawan tentang spekulasi yang mengaitkan beliau dengan beberapa kelab besar termasuk Barcelona.

Barcelona giat memburu pemain tengah untuk diserapkan ke dalam pasukan. Saul antara opsyen Barca selepas usaha mereka untuk mendapatkan Verratti kelihatan kian sukar.

PSG dilaporkan enggan melepaskan pemain kebangsaan Itali tersebut.

Saul Niguez, pemain muda Atletico Madrid ini tidak menafikan akan hal tersebut. Namun beliau lebih memilih untuk kekal di Atletico. Saul juga berharap Atletico memberikan kontrak baru kepada beliau.

Ini untuk membolehkan beliau mendapat gaji yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Saul berkata kepada wartawan di Poland:

“Saya gembira di Atletico dan kalau boleh saya pun seperti orang lain, mahukan lebih sedikit duit untuk membantu keluarga saya.”

during the UEFA European Under-21 Championship Semi Final match between Spain and Italy at Krakow Stadium on June 27, 2017 in Krakow, Poland.

“Saya selesa di Atletico dan saya tidak mahu pergi ke mana-mana. Bukan mudah untuk saya cuba meyakinkan Diego Simeone sebelum ini. Saya sudah berjaya melakukannya.”

“Adalah sukar untuk bermula dari kosong semula dengan pasukan lain. Buat masa ini, saya hanya melihat diri saya sebagai pemain Atletico.”

Berdasarkan sumber Football Player Pro, kontrak semasa Saul membolehkan pemain itu menerima gaji £1.5 juta setahun ataupun £28,946 seminggu di Atletico.

Pemain berusia 22 tahun ini telah menjadi pemain penting dalam skuad Simeone di Atletico. Beliau kini dalam tugasan antarabangsa dengan pasukan B-21 Sepanyol dalam Euro B-21.

Beliau meneruskan aksi cemerlang dalam skuad B-21. Saul telah menjaringkan 5 gol setakat ini serta 1 hatrik di separuh akhir menentang Itali. Mereka mara ke final untuk menentang Jerman pada hari ini.

Selain daripada minat oleh gergasi Catalan, Saul Niguez juga diintai oleh beberapa kelab EPL.

Sumber:

https://www.sportskeeda.com/football/saul-wants-more-money-at-atletico-amid-barca-links

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN