Jurulatih Kosovo, Bernard Challandes bergurau dengan mengatakan satu-satunya cara untuk menghalang pergerakan lincah penyerang England, Raheem Sterling adalah dengan mematahkan kakinya.
Skuad kebangsaan England akan berkunjung ke Pristina buat kali pertama pada Ahad untuk perlawanan terakhir kumpulan A menentang Kosovo dalam kempen Kelayakan EURO 2020. England telah pun mengesahkan tempat ke pusingan akhir selaku juara kumpulan.
Next summer’s plans are set 😎
We’ll see you at #EURO2020! pic.twitter.com/5pzBMvGJOJ
— England (@England) November 14, 2019
Sterling dijangka akan memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama buat pasukan perlawat selepas diketepikan sementara dalam perlawanan yang menyaksikan The Three Lions membelasah Montenegro 7-0 tempoh hari.
Pemain berusia 24 tahun itu ‘dihukum’ selepas dituduh memulakan pertengkaran dengan rakan sepasukan, Joe Gomez dalam kem latihan England dipercayai susulan daripada insiden percakaran kedua-dua pemain di atas padang sewaktu Manchester City tewas kepada Liverpool pada minggu lepas.
Menurut Challandes, kembalinya Sterling bersama skuad England merupakan berita buruk buat pasukannya kerana beliau percaya Sterling akan beraksi sebaik mungkin bagi menebus semula kesilapannya kepada pasukan.
Final session of the year 💪#threelions pic.twitter.com/UfuNLjeW6A
— England (@England) November 16, 2019
“Untuk kami, ianya sudah tentu bukan satu berita yang baik. Tambah buruk lagi kerana Sterling merupakan salah satu pemain terbaik di dunia yang beraksi di posisinya itu.
“Kedua, jika saya menjadi Sterling, saya akan jadikan perlawanan ini untuk mempamerkan sikap yang baik. Saya rasa jika Kosovo bermain menentang England, kita semua sedar dengan potensi yang dimiliki mereka terutama di bahagian serangan.
“Untuk menyekat Sterling dan rakan sepasukannya, kami perlu beraksi sebagai sebuah pasukan, atau kami patahkan kakinya! Tapi itu bukanlah cara kami,” kata Challandes dengan nada bergurau.
"We will not play defensive football tomorrow against England."
Best way to stop Sterling? – "By breaking his leg but this is not the way #Kosovo plays." – Bernard Challandes pic.twitter.com/MnOfl6cQcb
— Kosovan Football 🇽🇰 (@kosovanfooty_EN) November 16, 2019
Kosovo sudah terlepas tiket kelayakan secara automatik ke kejohanan utama Eropah itu selepas kalah tipis 2-1 kepada Republik Czech pada Khamis, tetapi mereka sudah mengesahkan tempat di pusingan play-off. Sudah tentu Challandes mahu memanfaatkan aksi menentang England ini sebagai persediaan.
Skuad kendalian Gareth Southgate telah pun mengumpul 33 gol pada kempen kelayakan ini – lebih tiga gol berbanding pesaing terdekat Belgium yang sudah bermain lebih satu perlawanan – dan Challandes menganggap England adalah pasukan terbaik di Eropah ketika ini.
“Jika kamu masih ingat semasa kami baru bermula bermain dalam perlawanan kelayakan Eropah, saya sentiasa menyebut tentang pengalaman baharu, kemajuan serta peningkatan.
#Kosovo final training session of the year ahead of facing England tomorrow evening.
Hekuran Kryeziu and Arber Zeneli are staying in team's hotel to support the lads!#KOSENG 🇽🇰🏴 pic.twitter.com/8OgAzENOFX
— Kosovan Football 🇽🇰 (@kosovanfooty_EN) November 16, 2019
“Perlawanan ini penting untuk mencapai objektif itu. Sekurang-kurangnya saya boleh cakap ianya satu pengalaman yang bagus untuk beraksi menentang salah satu pasukan terbaik di dunia dan saya yakin mereka adalah yang terbaik di Eropah ketika ini.
“Jika kami lihat dalam pusingan kelayakan, tiada pasukan lain yang mampu menang dengan menjaringkan begitu banyak gol. 7-0, 6-0, 5-0, 5-0, 5-0, menakjubkan!
“Tiada pasukan lain [seperti itu], ini bermaksud, pada pihak kami ia adalah satu cabaran yang baik dan sebagai jurulatih saya perlu menikmati cabaran seperti ini. Tetapi dalam masa yang sama saya akui ada sedikit rasa gerun.
Bernard Challandes: "This is England's 1001 game meanwhile we play our 29th. It's obvious they've got a bit more experience than us."#KOSENG 🇽🇰🏴 pic.twitter.com/4XQ1dx6I9D
— Kosovan Football 🇽🇰 (@kosovanfooty_EN) November 16, 2019
“Ia adalah perlawanan ke 1,001 buat England dan hanya yang ke-29 buat kami. Sudah tentu mereka jauh lebih berpengalaman.”