SCL2019: Bangi Jang’s Trooper Tamatkan Kempen Dengan Kemenangan

Bangi Jang's Trooper

Bangi Jang’s Trooper akhirnya meraih kemenangan dalam saingan Selangor Champions League 2019 (SCL2019) selepas menundukkan SA AZE FC 4-1 pada aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Arena MPSJ.

Kedua-dua pasukan yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam edisi kali ini memperlihatkan corak permainan menarik sebaik sahaja sepak mula.

SA AZE FC bagaimanapun terlebih dahulu di hadapan seawal minit kedua apabila Olatunde Qudus yang memintas bola di kaki pertahanan lawan dengan mudah menewaskan Muhammad Asymawi di gawang Bangi Jang’s Trooper.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Bangi Jang’s Trooper memperkemaskan aksi dan kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi Muhammad Nur Ariff.

Ketika aksi babak pertama semakin untuk ditamatkan, Shahrul Naim memberikan kelebihan buat Bangi Jang’s Trooper selepas menolak mudah bola hasil hantaran lintang daripada Syazwan Saupi.

Syazwan Saupi kemudiannya menjadikan kedudukan 3-1 apabila rembatan susulan yang padu diledakannya membolosi gawang SA AZE FC.

Tidak cukup dengan itu, Bangi Jang’s Trooper terus bernafsu untuk menambah jaringan dan kini giliran Khairil Ikhwan pula meletakkan nama selaku penjaring pada minit ke-55.

Dengan kemenangan sulung ini, Bangi Jang’s Trooper menamatkan kempen SCL 2019 dengan di tempat keenam mengumpul tujuh mata hasil satu kemenangan, empat keputusan seri dan dua kekalahan.

SA AZE FC pula di tangga terbawah [tangga ke-8] setelah tewas pada kesemua tujuh perlawanan dilalui.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN