Kelab gergasi English Premier League (EPL) iaitu Liverpool dikhabarkan bakal mengharungi satu lagi aksi persahabatan selepas perlawanan pembukaan liga menentang Fulham minggu hadapan.
Menurut Jurgen Klopp selaku pengendali kelab tersebut, para pemainnya masih lagi memerlukan perlawanan latihan untuk menghadapi jadual yang padat pada musim 2022/2023.
A classic @MoSalah strike from last season ahead of #LIVMCI 👌🤩 pic.twitter.com/SSyxLkFD0n
— Liverpool FC (@LFC) July 29, 2022
Sebelum ini dalam aksi pra-musim, Liverpool telah pun berdepan dengan beberapa kelab iaitu Manchester United, Crystal Palace, RB Leipzig, dan RB Salzburg untuk menguji persefahaman sesama pemain.
Aksi pertama mereka sebelum saingan liga bermula ialah berdepan Manchester City Sabtu ini dalam saingan Community Shield di Stadium Leicester’s King Power.
Satu lagi perlawanan persahabatan buat pasukan kendalian Klopp sebelum bertemu Fulham ialah berdepan kelab dari Ligue 1 iaitu Strasbourg di Anfield.
Jelas Klopp, Liverpool bakal berdepan satu lagi aksi persahabatan selepas aksi pertama liga dengan pasukan yang masih belum dijelaskan lagi untuk meningkatkan intensiti dalam kalangan pemain.
How many days until we're back in action? ☝️😁 pic.twitter.com/FxosO38iol
— Liverpool FC (@LFC) July 29, 2022
Tujuan perlawanan persahabatan tersebut juga untuk menjadi medan persediaan terbaik buat para pemain kerana saingan Piala Dunia di Qatar turut bakal berlangsung pada bulan November dan Disember.
“Situasi kami untuk perlawanan Sabtu ini dilihat sangat penting. Tetapi kami juga perlu membuat persediaan untuk saingan liga dan kami tak boleh anggap remeh.
“Pada perlawanan menentang Salzburg lalu kami tewas 1-0, dan kami menjalani sesi latihan sebanyak dua kali sebelum itu.
“Saya tak boleh nafikan perlawanan Community Shield ini sangat penting selain saingan liga bakal kembali. Jadi kami perlu membawa perlawanan pra-musim ini ketika liga sudah berlangsung.
“Mulai pertengahan Ogos ini, saya jangka kami akan bermain setiap tiga hari, jadi tiada masa untuk latihan lagi. Maka kami cuba melakukan perkara yang betul dan jadual dilihat sentiasa mencabar, begitulah keadaannya,” jelas Klopp menerusi ESPN.
We're back in action this Saturday at the King Power Stadium 🙌 #LIVMCI pic.twitter.com/HJJa90wKyE
— Liverpool FC (@LFC) July 29, 2022
Setakat ini, dua pemain Liverpool disahkan mengalami kecederaan iaitu penjaga gol mereka, Allison Becker serta tonggak serangan, Diogo Jota apabila keduanya bakal terlepas aksi menentang City yang bakal berlangsung tidak lama lagi.