Satiananthan Sasar Bawa Selangor Mara Ke Final Piala Malaysia

Ketua jurulatih Selangor, B.Satiananthan menasihatkan pasukan lain supaya melupakan saingan Liga Super musim ini kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir dinobatkan sebagai juara buat kali keenam berturut-turut.

Sebaliknya, beliau sudah mula memikirkan untuk melakukan persiapan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas tamat saingan Liga Super dan Liga Premier.

Selangor yang tewas 2-3 kepada JDT di Stadium Larkin kelmarin kini menghuni di tangga kelima dengan 25 mata dan bakal bersaing dengan Kedah, Melaka United dan Perak untuk merebut tempat kedua dan ketiga.

“Untuk pasukan lain mencabar JDT dalam kejuaraan liga musim ini mungkin misi mustahil kerana jurang mata sangat jauh dan mereka hanya perlukan dua kemenangan untuk bergelar juara.

“Tapi bagi persaingan tempat ke­dua, ketiga dan keempat masih terbuka. Untuk sasaran peribadi, saya mahu Selangor ber­ada di kedudukan ketiga musim ini.

“Jika kita lihat tiga musim sebelum ini, Selangor gagal menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik, jadi dapat ber­ada di tangga ketiga adalah kedudukan terbaik.

“Sasaran Piala Malaysia, saya mahu ke final,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selangor
FOTO: FA Selangor

Selain itu, Satiananthan turut menyokong hasrat Menteri Besar Selangor yang mahu menjadikan PKNS FC sebagai “feeder club” kepada pasukan negeri.

Malah, beliau menyifatkan Selangor mampu bersaing dengan JDT jika mempunyai kemudahan latihan yang terbaik dan dana yang besar. 

“Saya juga menyambut baik cadangan YB Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) mahu memberi tumpukan kepada satu pasukan utama dan pasukan lain menjadi ‘feeder’ (kelab pembangunan).

“Dana disalur kepada satu pasukan sahaja bagi membentuk skuad terkuat. Untuk mencabar JDT, semua pasukan perlu membuat pelaburan besar kepada pasukan utama, fasiliti dan teknikal.

“Selangor tidak ketinggalan jauh dan mampu mencapainya, perubahan mula dilihat sejak di bawah pimpinan RMS (Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuiddn Idris Shah),” jelasnya kepada utusan malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN