Satiananthan Nafi Mempunyai Masalah Peribadi Dengan Faiz Nasir

Baru-baru ini, beberapa laman sosial kelab penyokong Selangor mengecam Ketua Jurulatih skuad gergasi merah, B. Satiananthan yang memberikan kritikan terbuka terhadap pemain sayap pasukan itu, Faiz Nasir selepas perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Mereka juga mempersoalkan tindakan jurulatih itu tidak menurunkan Faiz Nasir dalam kesebelasan utama dan menyifatkan Satiananthan mungkin mempunyai masalah dengan pemain bertubuh kecil itu.

Bagaimanapun, Satiananthan menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan bekas pemain Terengganu itu dan apa yang diperkatakan olehnya kepada Faiz Nasir ialah satu cabaran bukannya kritikan.

“Itu bukan kritikan tapi cabaran. Kalau seorang jurulatih tak boleh cabar pemain, buat apa saya jadi jurulatih?

“Saya setiap hari bersama dengan pemain dan perkara ini saya sudah cakap dengan Faiz secara terus-terang. Dia faham.

“Kena ingat dalam era bola sepak moden, sudah tiada lagi istilah pemain kesebelasan utama. Siapa-siapa sahaja boleh main dalam skuad,” katanya seperti dipetik dalam Sukan Sinar.

Malah, Satiananthan juga kurang setuju dengan dakwaan penyokong gergasi merah yang berpendapat taktikal beliau kurang berkesan serta tidak pandai meletakkan pemain di posisi yang betul.

“Ramai kata coach Sathia bodoh tak tahu letak posisi Faiz tetapi mereka lupa, Faiz dipanggil oleh (pengendali Harimau Malaya) Tan Cheng Hoe apabila dia bermain di sayap, posisi yang saya gunakan untuk dia.

“Faiz boleh main di mana-mana bahagian serangan tetapi saya masih kekalkan dia di bahagian sayap. Malangnya, selepas kembali daripada skuad kebangsaan, ramai orang dah boleh baca cara permainan dia. Jadi dia nampak semakin sukar di posisi itu.

“Saya boleh sahaja nak letakkan dia sebagai penyerang kedua tetapi itu juga susah kerana kami sudah mempunyai Sandro. Takkanlah saya nak keluarkan Sandro yang dah jaringkan enam gol untuk kami? Takkanlah sebab nak sangat pakai Faiz, saya kena letak dia di posisi pertahanan?” soalnya.

Selangor

Bekas jurulatih FELDA United itu turut menyeru para penyokong Selangor agar turun ke Stadium Shah Alam memberikan sokongan padu bukan sekadar ‘bising’ di media sosial.

“Saya juga nak nasihatkan penyokong, kalau mahu kritik datanglah ke stadium. Cukuplah hanya saya seorang jurulatih dan tak perlu ada 100 ribu jurulatih lain muncul selepas perlawanan,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN