Quantcast

BERITA

Batu Dua FC Perjelas Situasi Sebenar Ljuba Baranin

Kelmarin, bekas pemain import kelab bola sepak Batu Dua FC, Ljuba Baranin meluahkan rasa kecewa di laman sosial dan mendedahkan beliau dilayan seperti seekor babi oleh pengurusan pasukan tersebut.

Malah, pemain dari Serbia itu turut mendakwa telah menerima cek palsu dan pengurusan pasukan itu masih belum melangsaikan baki tunggakan gajinya.

Bagaimanapun, kelab yang berpengakalan di Kuala Selangor itu mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini menafikan dakwaan Ljuba Baranin sambil menjelaskan situasi sebenar kepada penyokong bola sepak tempatan.

“Bagi menjawab isu-isu yang sedang hangat diperkatakan di media utama dan media sosial. Pihak kami menafikan sekeras kerasnya kenyataan yang telah dikeluarkan oleh bekas pemain import kami.

“Tuduhan menipu amat berat bagi kami memandangkan beberapa persetujuan lisan telah dicapai sebelum pemain tersebut menandatangani kontrak bersama Kelab.

“Apabila jendela perpindahan kedua di buka. Pihak kelab melakukan penstrukturan semula gaji dan berbincang dengan semua pemain. Pemain import tidak terkecuali. Apabila persetujuan tidak dicapai, maka kedua belah pihak bersetuju untuk penamatan kontrak,” kata kenyaatan itu.

Kenyataan Media B2FC—————————————-Bagi menjawab isu2 yang sedang hangat diperkatakan di…

Posted by Batu Dua Football Club – B2FC on Friday, June 21, 2019

Pengurusan kelab tersebut turut mengakui mereka mempunyai masalah kewangan yang serius tetapi nafi telah mengabaikan tanggungjawab untuk membayar gaji kepada para pemain.

“Benar, kelab mempunyai masalah kewangan, namun pada masa yang sama kami tidak pernah lari dari tanggungjawab.
Benar , pihak kelab meminta pemain menghantar balik cek yang diberi kepada pemain.

“Namun pada masa yang sama ada pihak Kelab berusaha untuk melunaskan gaji pemain dan pegawai. Disini tidak timbul isu cek tendang. Ada pemain yang dapat melunaskan cek tersebut tanpa pengetahuan Kelab,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, pihak Batu Dua FC juga berharap dapat bersemuka dengan pemain tersebut bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan memperbetulkan keadaan.

“Kami berharap pemain tersebut tampil dan berjumpa kami. Menjadi kemuskilan kami apabila setelah beliau bersetuju dengan jumlah yang diterima serta menurukan tandatangan. Beliau terbang ke negara asal dan tiba disana terus menyerang kami.

“Kami berharap beliau tidak lupa walaupun sedikit kebaikan kelab kepada beliau. Entah beberapa kali beliau datang berjumpa wakil kelab memohon cash dengan alasan alasan tertentu. Namun Kelab tidak pernah meminggirkan permintaan beliau,” petikan daripada kenyataan itu.