Satiananthan Mahu Perbaiki Bahagian Serangan Skuad Selangor

Skuad gergasi merah mungkin akan berpesta gol jika berjaya menyudahkan deretan peluang keemasan ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam.

Pengendali pasukan itu, B. Satiananthan mengakui kelemahan terhadap barisan serangannya dan tekad memperbaikinya sebelum menghadapi perlawanan yang seterusnya.

“Kami memiliki sekurang-kurangnya tujuh peluang menjaringkan gol, bola terkena tiang, palang selain gerakan penyudah melalui serangan balas yang sedikit tumpul.

“Kalau tidak Kedah mungkin akan kena tujuh gol, kami kurang berkesan bila melakukan serangan balas, bagi saya jika ia dimanfaatkan sepenuhnya sudah pasti banyak gol akan terhasil,” katanya dalam Sinar Harian.

Ifedayo Olesegun. FOTO: FA Selangor/Asiana

Penampilan pertama pemain import baharu, Ifedayo Olusegun turut mencuri perhatian penyokong menjaringkan hatrik sehingga dinobatkan sebagai ‘Man of the match’ semalam. 

Mengulas mengenai prestasi pemain dari Nigeria itu, Satiananthan mahukan lebih daripadanya dan berharap beliau terus konsisten dalam perlawanan yang akan datang.

“Ini bukan aksi terbaik dia, saya mahukan yang lebih bukan sahaja memegang bola tetapi kecergasan, dia mampu buat yang lebih baik.

“Pada masa sama saya juga tidak mahu tugas menjaringkan gol terletak di bahunya sahaja, rakan sepasukan yang lain juga perlu memikul tanggungjawab bagi memastikan kemenangan pasukan,” katanya.

Pada separuh masa kedua, Kedah cuba bangkit apabila menjaringkan gol melalui tandukan Jonathan Bauman serta hampir memperoleh jaringan kedua namun percubaan jarak jauh Farhan Roslan terkena palang.

Farizal Harun sekali lagi menjadi penyelamat selepas menangkap kemas percubaan jarak dekat Fernando Ortega sekaligus perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak kepada Selangor.

“Ini kelemahan kita, apabila mendahului 2-0 atau 3-0, saya lihat pemain sedikit kelam kabut, seharusnya kita perlu mengawal bola dan konsisten, bukannya gelabah.

“Menang tiga gol berdepan Kedah yang memiliki pertahanan mantap ketika ini bukanlah satu tugas mudah dan kami berjaya melakukannya, walaupun menang 1-0 saya puas hati dengan tiga mata yang diraih,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN