Satiananthan: Kehadiran Penyokong Penting Bagi Tiup Semangat Pemain

Satiananthan

Ketua jurulatih Selangor, B Satiananthan menjadi individu terbaharu mengharapkan agar penonton kembali diberikan ruang untuk hadir semula ke stadium jika saingan Liga Malaysia kembali bersambung pada Sepetember ini.

Pandangan Satiananthan itu berdasarkan keyakinan beliau terhadap kepatuhan orang awam dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama dalam aspek penjarakan sosial.

Dalam masa sama, beliau melihat kapasiti Stadium Shah Alam yang menjadi gelanggang utama Selangor mampu memenuhi segala aspek SOP yang diperlukan jika penonton kembali dibenarkan hadir masuk ke stadium.

“Kalau semua pihak mengikut SOP terutama rakyat di luar sana untuk mengikut undang-undang, saya yakin COVID-19 ini akan hilang dan tiada lagi kes baharu dalam masa terdekat.

“ Jadi, saya pasti kerajaan boleh beri kelonggaran kepada kita semua untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium sebaik liga kita bermula.

“Dalam bola sepak, penyokong adalah paling utama dan kehadiran mereka cukup penting dalam memberikan semangat kepada pemain-pemain ketika beraksi, ” katanya.

Pada Khamis, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff, menyatakan hasrat untuk melihat penonton akan diberi lampu hijau untuk hadir ke stadium menyaksikan perlawanan meskipun dalam bilangan yang kecil sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung.

Tambah Nidzam, perkara itu tidak mustahil seandainya penyokong diberi peluang untuk hadir ke stadium sepertimana bahagian sektor lain yang telah diberi kebenaran seperti panggung wayang.

Namun beliau berpandangan untuk peringkat awal perkara ini boleh dimulakan dengan skala yang lebih kecil dan tetap melakukan penjarakan sosial di tempat duduk penonton.

Sementara itu, Satiananthan berharap akan ada berita baik tidak lama lagi daripada Malaysian Football League (MFL) berhubung kebenaran menjalani latihan secara ‘body contact’.

Akui pihaknya telah mematuhi semua arahan SOP ditetapkan, Selangor juga meletak harapan yang sama agar semua pasukan tidak melanggar sebarang peraturan bagi memudahkan kelulusan latihan secara penuh dapat direalisasikan.

“Dalam beberapa hari ini, kita telah berjaya mengikuti SOP ditetapkan dan berjaya tunjukkan kepada masyarakat di luar sana khususnya yang terlibat dengan sukan bahawa latihan tanpa body contact ini boleh dibuat.

“Pihak yang lain dalam masa sama juga jangan tidak mengikuti SOP kerana bimbang apa-apa yang tidak diingini boleh berlaku.

“Saya harap dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, latihan secara body contact dapat bermula memandangkan buat masa ini kami hanya melakukan latihan ketahanan menerusi larian sama ada dengan bola atau tanpa bola, ” katanya.

Kredit featured image: FA Selangor

Baca artikel lain dari kami mengenai Selangor:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN