Satiananthan Bimbang Selangor Tidak Sempat Menggunakan Stadium Shah Alam

“Kami perlu menjalani latihan di padang Stadium Shah Alam. Namun, sehingga kini, kami tidak dapat melakukannya. Ia mungkin berlarutan sehingga liga bermula nanti.”

Itulah luahan pengendali pasukan Selangor,  B. Satiananthan dalam Stadium Astro apabila beliau melahirkan kebimbangan mengenai pasukannya yang masih belum diberikan kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam walaupun saingan Liga Super akan bermula dalam beberapa hari lagi.

Selangor dijadualkan menentang Felda United dalam perlawanan pertama Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam pada 3 Februari ini.

Kegagalan proses itu siap mengikut jadual yang ditetapkan bakal mengundang padah buat pasukannya kerana pemain Selangor memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di atas padang stadium tersebut.

“Berdasarkan pengetahuan saya, sejak beberapan tahun lalu, perlawanan pertama Selangor akan ditunda atau dijalankan di laman lawan.

“Saya tidak faham mengapa kerja penyelenggaraan perlu dijalankan pada waktu-waktu akhir. Ia bukan alasan yang dapat diterima,” katanya.

Selangor giat menjalani sesi latihan sejak minggu lalu. FOTO: FAS

Pengurus Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad, menjelaskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mencuba untuk menyediakan Stadium Shah Alam selewat-lewatnya Jumaat depan.

“Seboleh-bolehnya kami mahu menggunakan stadium itu sebelum perlawanan pertama liga.

“Kami sedang berusaha dan sedar kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Selangor juga menyokong sepenuhnya hasrat pengendali Liga Malaysia (Malaysia Football League) mengikut cara La Liga untuk melaksanakan sistem kawalan ekonomi bagi membendung masalah hutang pasukan di sini.

Selangor juga sudah mewujudkan inisiatif dengan berbelanja berdasarkan bajet tahunan dan tidak tunduk kepada harga pemain yang melebihi kantung pasukan itu bagi mengelakkan mereka terjerumus ke kancah hutang dan tunggakan gaji pemain.

“Kami perlu bertindak tegas kerana menyedari jika kami terlalu mengikut kehendak pemain, ia mungkin akan menjejaskan pasukan dan merosakkan tangga gaji mereka,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN