Sathianathan Nasihatkan Akhyar Supaya Berhati-Hati Pilih Kelab Luar Negara

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menasihatkan pemain muda negara, Akhyar Rashid supaya berhati-hati dan menyiasat dahulu latar belakang kelab luar negara yang ingin menggunakan khidmatnya.

Beliau bercakap kepada Berita Harian, pemain berstatus pemain skuad kebangsaan seperti Akhyar perlu memilih kelab yang mempunyai standard lebih tinggi daripada pasukan Liga Malaysia.

“Kalau nak diikutkan pergi ke (liga) Indonesia tak digalakkan kerana standard mereka lebih kurang liga M. Tapi kalau Jepun dan Thailand, saya fikir bagus untuk pemain muda seperti Akhyar mengembangkan bakatnya.

“Tapi dia kena pastikan adakah kelab yang ingin disertai itu berprofil tinggi dalam liga mereka dan selain mempunyai sejarah melahirkan ramai pemain kebangsaan negara itu.

“Kita juga perlu lihat struktur kelab itu, apa kedudukan mereka dalam liga dan seterusnya kemudahan yang dimiliki. Kalau kemudahan lebih teruk dari Kedah buat apa dia pergi,” katanya kepada Berita Harian.

Akhyar Rashid hampir meledak gol buat skuad negara ketika menentang Jordan. Foto: Asiana.my.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Akhyar Rashid dikhabarkan sedang diintai oleh ejen daripada kelab Indonesia, Thailand dan Jepun.

Hal ini disahkan sendiri oleh abangnya yang juga bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid yang mendakwa terdapat wakil dari kelab tersebut untuk berunding mendapatkan khidmat adiknya.

Sathia juga menasihatkan agar Akhyar memilih kelab yang menawarkan tempat dalam kesebelasan utama berbanding diletakkan dalam bangku simpanan.

“Pemain perlu lihat kelab mana yang mahukan mereka. Jangan kelab divisyen dua Thailand, itu tidak bagus.

“Mereka juga kena pastikan ada peluang untuk bermain, contohnya jika pergi ke Thailand, kalau kelab itu hanya nak guna dia bagi penuhi untuk kuota import ASEAN dan diletakkan di bangku simpanan, buat apa.

“Tapi kalau di Jepun, divisyen satu dan dua mereka sudah bagus. Jika kelab itu bagus, pemain tidak harus lepaskan peluang ini dan kita semua pasti gembira jika ada pemain tempatan beraksi di liga lebih tinggi,” katanya.

Prestasi cemerlang skuad Malaysia Bawah 23 tahun di Kejohanan AFC B-23 telah membuka mata ramai pihak dan mendapat pujian daripada para penyokong tanah air.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee juga mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Asia Tenggara yang mara ke peringkat suku akhir kejohanan itu.

Selain, Akhyar, penyerang dari kelab Johor Darul Ta’zim, Safawi Rashid turut dilaporkan menarik minat 2 kelab dari Korea Selatan yang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN