Cristiano Ronaldo Bakal Buka 3 Lagi Hotel ” Pestana CR7″ Miliknya

Cristiano Ronaldo

Kalau di Malaysia, hari ini sedang viral tentang nama Hotel “Cong Codei” lakonan Sabry Yunus, lain pula berlaku  bagi peminat bolasepak dunia khususnya peminat setia Cristiano Ronaldo. Mereka semestinya tidak sabar-sabar menantikan perasmian hotel baharu milik pemain kesayangan mereka itu.

Cristiano Ronaldo bakal membuka hotel cawangan ketiganya selepas ini. Berita itu merupakan hadiah buat seluruh peminat beliau di serata dunia.

Ronaldo kini semakin mengembangkan sayap bisnes perniagaannya diserata dunia selepas beliau bakal membuka tiga lagi cawangan baharu hotel yang diberi nama ‘CR7’ di New York, Madrid dan Marrakech di Magribi.

Sebelum ini, menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat di Portugal, Ronaldo telah berjaya membuka dua buah Hotel CR7 iaitu Pestana CR7 di Lisbon dan Pestana CR7  di Funchal yang juga merupakan kampung halamannya.

Selepas 3 tahun, melancarkan Hotel CR7 pertamanya di Madiera, Funchai, tiga buah lagi hotel baharu bakal dibuka tidak lama lagi. Hotel itu akan mengambil masa selama 18 bulan bagi tempoh pembinaannya.

Selain New York dan Madrid yang menjadi sinomin sebagai lokasi tempat tumpuan orang ramai, Marrakech juga telah dipilih Ronaldo sebagai lokasi pembinaan hotel terbarunya.

Keadaan di dalam salah satu bilik Pestana CR7.

Marrakech dipilih sebagai tapak lokasi hotel baharunya kerana Ronaldo sering berkunjung ke sana untuk melawat rakan baiknya Badr Hari yang terbabit dalam sukan seni pertahanan diri (Kickboxing).

Selain itu, Marrakech juga merupakan tempat destinasi kegemaran Ronaldo.  Ronaldo sebelum ini juga dilaporkan menghabiskan masa cutinya menyambut malam tahun baru di sana bersama rakan pasukannya di Real Madrid, Karim Benzema.

Hotel CR7 juga bakal menawarkan tetamunya peluang untuk  merasai suasana menghadiri majlis “Ballon d’Or” dan tetamu juga berpeluang untuk bergambar dengan hologram pemain Real Madrid itu.

Selain itu, seperti hotel-hotel yang sebelum ini, hotel baharu ini juga bakal menawarkan kelengkapan terbaik bertaraf lima bintang untuk menarik minat orang ramai menginap disana seperti setiap bilik akan dilengkapi Wi-Fi berkelajuan tinggi, Apple Tv, Playstation 4 dengan virtual reality glasses serta games dan alatan untuk bersenam.

Bila agaknya Hotel CR7 nak buka di Malaysia ya?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN