Ong Kim Swee Bakal Berguru Dengan Athletico Madrid

Datuk Ong Kim Swee baru sahaja mencipta pencapaian terbesar di dalam karier bola sepak beliau sebagai jurulatih. Beliau meletakkan skuad Malaysia B-23 dalam kelompok 8 terbaik Asia pada kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun.

Kejayaan beliau mendapat pujian daripada semua pihak termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bangga dengan pencapaian mereka.

Semalam satu berita baik telah diumumkan oleh Tunku Ismail mengenai perancangan baginda untuk menghantar Kim Swee ke Athletico Madrid bagi menimba ilmu dan menambah pengetahuan dalam bidang kejurulatihan.

Tunku Ismail berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Books Of Records (MBOR) kepada Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

“Kim Swee akan Sepanyol pada Mac ini mungkin untuk tempoh sebulan atau dua bulan melalui perancangan yang dibuat sejak enam bulan lalu bagi membolehkan beliau mempelajari dan menimba ilmu dalam skil dan pengetahuan bidang kejurulatihan.

“Kemungkinan kelab itu adalah Atletico Madrid dan saya percaya pendedahan itu mampu meningkatkan lagi kualiti kejurulatihan beliau dan mampu beri impak positif untuk membimbing skuad B-23,” katanya kepada Berita Harian.

FOTO: JST

Tunku Ismail juga mengalakkan agar pemain muda negara mengambil peluang berhijrah menyertai kelab luar negara bagi meningkatkan kemahiran mereka.

“Bagi pemain daripada skuad B-23, saya berdoa dan berharap mereka semua bermain di luar negara. Pada saya sesiapa pun yang dapat peluang atau tawaran untuk beraksi di pertandingan yang lebih tinggi mereka harus pergi, jangan duduk sini.

“Bila mereka bermain di peringkat yang lebih tinggi banyak memberi kelebihan kepada kita kerana akhirnya selepas mereka balik mereka boleh berkhidmat dan menyumbang untuk pasukan kebangsaan,” katanya.

Baginda juga mengharapkan agar jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dapat menyerapkan lebih ramai pemain muda dalam skuad senior kerana mereka merupakan pemain masa depan negara.

“Dari awal saya jadi Presiden FAM, saya sudah maklumkan, pemain muda inilah yang akan menjadi masa depan depan negara sebab itu saya tak bagi tumpuan sangat untuk pasukan yang sedia ada.

“Saya harap Cheng Hoe dapat ambil pemain B-23 tetapi bukanlah semua kerana ia mampu beri mereka lebih pendedahan untuk mewakili skuad kebangsaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN