Sathianathan Anggap Tony Fernandes dan Vincent Tan Tak Layak Jadi Presiden FAM

“Tony dan Vincent ada masa ke? Ini persatuan kebangsaan, bukan kelab. Persatuan sekarang perlukan presiden yang sepenuh masa untuk memastikan pentadbiran berjalan dengan baik.”

Kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah meletak jawatan minggu lalu.

Menurut Sathianathan, CEO Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes dan pengerusi Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan bukanlah calon paling sesuai menerajui badan induk bola sepak negara itu kerana mereka tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan badan induk berkenaan.

Malah, katanya, pengalaman menguruskan kelab bola sepak liga perdana Inggeris oleh kedua-dua tokoh perniagaan terkenal itu juga adalah berbeza dengan corak pentadbiran persatuan bola sepak kebangsaan.

“Presiden kena pantau pentadbiran setiap hari dan membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat sekurang-kurang dua minggu sekali. Saya tidak pasti, tapi saya fikir mereka berdua tiada masa yang cukup (untuk menguruskan FAM).

“Kalau nak jadi penaung mungkin mereka boleh. Malah, bukan senang nak uruskan persatuan kebangsaan, kalau kelab senang, nak lakukan perubahan hanya keluarkan dana yang besar. Tapi untuk peringkat kebangsaan ia bukan mudah,” katanya.

Tony Fernandes juga merupakan Presiden Kelab Bolasepak PJ Rangers. Kredit: PJ Rangers, Facebook

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berpendapat Tony dan Vincent juga antara individu yang mempunyai ciri-ciri diperlukan untuk menerajui FAM selain setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Mengulas mengenai pencalonan Hamidin sebagai Presiden FAM seperti yang dicadangkan oleh Tunku Ismail, Sathianathan berpendapat Hamidin sememangnya merupakan individu yang paling layak berdasarkan pengalamannya dalam FAM.

“Hamidin paling layak, dia sudah tahu semua mengenai pentadbiran dalam FAM. Malah dia tidak terikat dengan mana-mana tugas terutama di peringkat kelab,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN