Sathianathan Anggap Kualiti Permainan Skuad Lim Teong Kim Masih Jauh Ketinggalan

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan mengkritik corak permainan skuad Malaysia bawah 16 tahun yang dibimbing oleh Lim Teong Kim selepas mereka tewas 0-2 kepada Jepun sehingga meleburkan impian beraksi di Piala Dunia B-17 tahun depan.

Beliau berkata demikian kepada Stadium Astro berpendapat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengambil jurulatih baharu untuk mengendalikan pasukan muda negara.

“Tiada corak permainan bola sepak Malaysia dalam skuad B-16 ini. Teong Kim telah mempersiapkan pasukan selama empat tahun tetapi bagi saya, kualiti permainan masih lagi jauh ketinggalan.

“Saya telah terlibat dalam skuad belia hampir 15 tahun dan saya tidak nampak sesuatu yang baru,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

B-16
Barisan pemain negara ketika menentang Jepun.

Malah, Sathia turut menyuarakan pandangan bahawa Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) wajar diteruskan tetapi ia bukan lagi dikemudi oleh Lim Teong Kim.

“Teong Kim adalah seorang jurulatih hebat dari Jerman dan kami adalah jurulatih yang ‘bodoh sombong’, itu apa yang dikatakan Teong Kim dua tahun lalu.

“Objektif utama adalah perbaiki pencapaian 2014 (di bawah jurulatih, S. Balachandran) tetapi gagal melakukannya di tempat sendiri.

“Tekanan beraksi di laman sendiri bukan satu alasan kerana pemain-pemain ini telah berlatih serta menyertai perlawanan di luar negara,” tegasnya.

Semalam FAM mengumumkan khidmat Teong Kim sebagai jurulatih skuad bawah 16 tahun negara telah ditamatkan serta-merta.

Namun begitu, Teong Kim masih mempunyai kontrak bersama NFDP sehingga 2020 sebagai pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan kedudukan beliau akan ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mesyuarat yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN