Fantasy Football SCL2018: 9 Pemain Yang Mencatatkan Mata Tertinggi Selepas Minggu 2

Dalam kehangatan Fantasy Premier League yang saban tahun menjadi kegilaan peminat bola sepak dunia dan tanah air khususnya, kewujudan permainan seumpama bagi saingan Selangor Champions League 2018 (SCL2018) turut mencuri tumpuan.

Ia dibuktikan apabila sebanyak 901 pasukan telah menyertai SCL2018 Official Fantasy League bagi memeriahkan lagi saingan liga sosial yang mendapat sambutan menggalakkan itu.

Walaupun baru menamatkan dua minggu aksi yang berlangsung di Arena MPSJ itu, terdapat beberapa orang pemain yang mula mengorak langkah untuk menjadi pilihan utama para pemain Fantasy Football.

Berikut disenaraikan 9 orang pemain mencatatkan mata tertinggi selepas menamatkan saingan minggu 2.

Mungkin ia dapat membantu anda dalam membuat pilihan untuk saingan minggu ini.

9) Mohd Alif Daniel Bin Jafri (Klang Southern FC) – 14 mata

Penjaga gol berusia 21 tahun ini bertindak cemerlang apabila berjaya menepis sepakan penalti pada perlawanan pertama bertemu MPKJ The Lions walaupun pemain lawan kemudiannya melakukan percubaan susulan untuk mencipta jaringan.

Tepisan yang dilakukan menghadiahkan mata yang tinggi buat beliau walaupun dibolosi. Pada perlawanan kedua, bertemu Gombak FC, Alif terus cemerlang apabila berjaya menghalang gawangnya dari dibolosi.

8) How Eng Hua (Klang Southern FC) – 14 mata

Pemain di posisi tengah yang merupakan rakan sepasukan Alif Daniel ini pula meledakkan sepakan percuma yang terus menerjah gawang pada perlawanan menentang MPKJ The Lions.

Walaupun terlepas peluang menjaringkan gol pada aksi seterusnya minggu lalu, Eng Hua masih mampu mencipta satu bantuan gol untuk jaringan yang dihasilkan Shahrul Afif Shaharuddin.

7) Hakeem Badri Bin Mohd Fuad (Duta ZXIV) – 14 mata

Hantaran jauh dilakukan Hakeem yang beraksi sebagai pertahanan kiri berjaya disudahkan dengan kemas oleh peledak berbisa, Medina Mbeguere pada perlawanan sulung bertemu Kajang AZS.

7 mata lagi diraih pemain berusia 27 tahun di perlawanan kedua menentang Klang Valley United selepas beliau berganding dengan baik bersama pertahanan lain serta penjaga gol bagi menghalang gawang pendahulu kumpulan B itu dari dibolosi.

6) Mohd Sulaiman Bin Ramlan (KRU Port Klang FC) – 15 mata

Penjaga gol yang lebih mesra dengan panggilan ‘Leman’ ini masih kental bertahan apabila beliau masih tidak dibolosi dalam dua perlawanan yang telah dilalui iaitu bertemu Club Atletico De Bukit Jelutong (CABJ) dan Kajang AZS FC.

5) Rinmon Ngo Anak Impak (Duta ZXIV) – 15 mata

Pemain sayap kanan yang begitu lincah serta seringkali menjadi igauan ngeri buat pemain pertahanan lawan ini telah mencatatkan dua bantuan jaringan buat Duta ZXIV.

Dua bantuan tersebut menjelma masing-masing pada setiap perlawanan (bertemu Kajang AZS dan Klang Valley United).

4) Mohd Suhaili Bin Abdul Rahman (KRU Port Klang FC) – 15 Mata

Suhaili menyinar pada perlawanan pertama apabila meledak satu jaringan dan satu bantuan jaringan ketika bertemu Club Atletico De Bukit Jelutong yang menyaksikan KRU FC menang 5-0.

3) Shahrul Afif Shaharuddin (Klang Southern FC) – 18 mata

Kurang menyerlah pada perlawanan pertama, Shahrul Afif mencuri tumpuan pada aksi kedua bertemu Gombak FC selepas membantu Klang Southern FC meraih kemenangan 2-0.

Lebih manis kedua-dua jaringan tersebut dihasilkan oleh pemain sayap kiri berusia 24 tahun ini.

2) Rosedy Bin Muslim (KRU Port Klang FC) – 19 mata

Jaringan hatrik pada separuh masa pertama ketika bertemu CABJ tempoh hari jelas mencuri tumpuan, tambahan pula beliau yang dikenali dengan nama ‘Parjo’ itu sudah menjangkau usia 38 tahun.

1) Medina Mbeguere (Duta ZXIV) – 34 mata

Enam gol dalam dua perlawanan sudah pasti meletakkan penyerang berbisa kelahiran Senegal ini sebagai pemain yang mempunyai mata tertinggi.

Jika Eden Hazard antara pilihan pemain wajib buat Fantasy Premier League anda, Medina adalah calon pemain yang semestinya perlu dipilih oleh anda. Diletakkan pula sebagai kapten, anda akan tersenyum lebar 🙂

 

Kredit foto: scl.ligakita.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN