Sathia Akui Memang Ada Pemain Tempatan Kejar Bonus Semata-mata

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui tidak terkejut sekiranya prestasi skuad Harimau Malaya akan terus merudum dalam beberapa tahun akan datang.

Jelasnya, sikap terlalu memikirkan soal ganjaran dalam kalangan pemain kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23) antara penyebab utama mengapa perubahan amat sukar untuk dilaksanakan.

“Ia akan terus merudum (ranking Malaysia), nak tahu kenapa, kerana awak ada pemain yang dalam pasukan kebangsaan lebih memikirkan soal ganjaran daripada nak bermain untuk pasukan. Jangan cakap pemain senior saja, pemain B-23 pun sama,” katanya ketika sidang media bersama Presiden FAM

“Tak nak mainlah, insentif berapa, bila nak dapat. Saya ada semua nama kat dalam ini (telefon bimbit Tunku Ismail), nak saya bacakan. Skuad bawah 22 tahun pun dah mula ada sikap macam ini,” tambah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B.Sathianathan mengakui memang wujud segelintir pemain negara mengejar bonus dan insentif seperti diperkatakan Presiden FAM itu.

Beliau bercakap kepada Sinar Harian, perkara tersebut umpama satu masalah serius kepada pasukan negara apatah lagi pemain yang sepatutnya bermain demi hati dan semangat patriotik hanya mementingkan wang semata-mata.

“Saya setuju dengan apa yang diperkatakan Tunku Ismail itu. Memang ada yang bermain bukan demi lencana di dada sebaliknya demi wang ringgit.

“Bukan hanya skuad senior, skuad muda negara juga sudah pandai demand.

“Sepatutnya ini tidak berlaku apatah lagi tahap permainan mereka bukan berada pada tahap yang baik dan tidak pernah menang apa-apa lagi setakat ini,” katanya kepada wartawan Sinar Harian.

Sathianathan juga percaya apa yang berlaku ini disumbangkan oleh ketiadaan kualiti pemain yang bagus dan boleh diangkat bermain di peringkat antarabangsa.

“Sebab itu pemain ini pandai demand sebab mereka tahu tak ramai pemain yang berkualiti di Malaysia dan boleh menyarung jersi negara.

“Kalau di negara luar, mereka mempunyai ramai pemain yang hebat sehinggakan perlu bersaing untuk berada dalam skuad kebangsaan.

“Sebab itu apabila mereka bermain, mereka beraksi bersungguh-sungguh dan kerana itu pasukan negara mereka hebat,,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN